Adakah saya faham keberkesanan bakat saya dalam kehidupan? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 16 Oct 2020 06:00 AM

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?        

 

‘Adakah saya faham keberkesanan bakat dalam kehidupan?” Persoalan ini cukup luas untuk menceritakan tentang nilai dan hasil pemahaman keberkesanan bakat, namun demikian pastinya ia akan berrmula dengan pemahaman mengenai apakah maksud bakat dalam diri sendiri, adakah kenal akan bakat diri sendiri, apakah rancangan untuk bakat diri sendiri dan bagaimana merealisasikan kandungan bakat yang ada dalam diri sendiri.

 

Jadi ini amat jelas kesan dari pemahaman bakat dalam kehidupan individu itu amat penting dan berperanan dalam rancangan yang akan dilaksanakan dalam kehidupan masing-masing.

 

Pertanyaan dan persoalan ‘Adakah saya faham keberkesanan bakat saya dalam kehidupan’ ini perlu melahirkan keputusan asas tentang pemahaman bakat dalam diri sendiri.  Pertanyaan dan persoalan inikan jelas menghuraikan akan kehebatan individu dan akan memberi arahan yang positif dan arahan yang perlu direncanakan, diperbetulkan dan dilaksanakan, ini adalah bagi mencapai tujuan dan jawapan cemerlang dan positif  dalam matlamat semasa dan akan datang di dalam kehidupan indivdiu tersebut.

 

Kenali dan fahami akan kewujudan bakat sendiri sendiri

Bila dicetuskan atau ditulis dengan perkataan ‘Bakat’ ada individu yang akan merasa pelik dan mungkin akan terfikir ‘Bakat’ itu hanya wujud dalam contoh bidang kebudayaan, melukis, memasak atau menjahit, apabila ketidakfahaman tentang istilah asas maksud ‘bakat’ dalam diri individu, individu bakal menjadi seorang keliru dalam membuat keputusan dalam perlaksanaan tugasan seorang individu dalam kehidupan sendiri.

 

Bagaimana pula kalau digunakan Bahasa Inggeris untuk menyatakan definasi ‘bakat’. Dalam Bahasa Inggeris ‘Bakat’ bermaksud Talent, ‘Berbakat’ bermaksud Talented dan  Amalan Pengurusan Bakat bermaksud Talent Management Practices, dengan ungkapan dalam berlainan Bahasa akan mewujudkan akan pemahaman yang kurang terhadap maksud istilah yang sebenar apa itu ‘bakat’. Dengan ini individu perlu mengkaji atau mendalami apakah definasi ‘bakat’ yang sebenar dan bagaimana bentuk bakat yang ada dalam diri sendiri.

 

Kenal dan faham akan bakat diri sendiri menyenaraikan dapatan seperti berikut:

  • Bentuk dan kenal diri sendiri
  • ‘saya faham kesan komunikasi dalam bakat’
  • ‘saya faham bagaimana urus konflik melibatkan bakat saya’
  • Bekerjasama: menggunakan kemahiran kerja kritikal
  • Tabiat kerja yang cekap
  • Pengucapan awam (Public speaking)
  • Membangunkan kemahiran kepimpinan (Developing leadership skill)
  • Memperkasa dan mempengaruhi orang lain (Empowering and influencing others)

 

Dengan dapatan tersebut persoalan berikut akan disenaraikan berbentuk penyataan soalan ini bagi menjelaskan akan adakah individu itu kenal akan kewujudan bakat yang betul dalam diri sendiri.

  1. Pembentukan dan kenal diri sendiri, sila jawab persoalan ini adakah diri sendiri faham akan pembentukan bakat diri sendiri dan adakah kenal akan bakat diri sendiri. Sekiranya persoalan ini masih lagi keliru di benak fikiran maka ini adalah tanda diri anda seorang yang masih tidak mengenali diri sendiri bagi menggali kewujudan bakat yang ada dalam diri sendiri.
     
  2. Bagaimana pula kalau dinyatakan akan pengetahuan asas mengenai komunikasi, berkomunikasi, dan tidak berkomunikasi adakah diri sendiri akan faham.
     
  3. Bagaimana pula menyatakan proses untuk menangani konflik, adakah diri sendiri mempunyai pengetahuan dalam mengurus bakat sendiri yang menghadapi konflik semasa.
     
  4. Dalam kerja berkumpulan atau menjayakan kerja berkumpulan:
  • Adakah diri sendiri faham istilah berkerjasama yang mana ianya akan menggunakan kemahiran kerja kritikal
  • Adakah saya faham akan tingkahlaku kerja yang cekap dimana ianya akan melibatkan kemahiran pengucapan awam ini dapat mengalirkan dan membangunkan kemahiran kepimpinan yang mana ianya dapat memperkasakan dan mempengaruhi orang persekitaraan.

 

Seperti yang telah digariskan penyataan tersebut menyatakan akan persoalan adakah diri sendiri kenal dan faham bakat diri sendiri?

 

Ini adalah penyataan soalan yang perlu dipersoalkan dalam diri sendiri dan sekiranya faham akan adakah diri sendiri kenal dan faham akan keberadaan bakat dalam diri sendiri maka keputusannya pasti anda adalah seorang yang amat faham akan pembentukan, keberkesanan dan hasil bakat yang ada dalam diri sendiri.

 

Tetapi bagaimana pula apabila bertanya pada diri sendiri adakah setiap persoalan tersebut menjadikan diri sendiri keliru, tidak faham dan seolah cuba mencari jawapan dalam perilaku sendiri tetapi masih tidak punya jalan dan hasil…maka ini adalah tanda anda tidak faham apa itu bakat yang telah dianugerahkan dalam diri sendiri dan apakah keberkesanan bakat dalam kehidupan semasa.

 

bakat
Bakat di dalam diri sentiasa wujud. Tugas anda adalah untuk menerokainya.

 

Keliru akan kewujudan bakat dalam diri sendiri

Persoalan  individu yang keliru akan kewujudan bakat dalam diri sendiri hanya akan dapat dijawab oleh individu itu sendiri, sebagai contoh sekirannya individu yang sudah berumur 60 tahun yang belum faham dan belum pasti akan adanya bakat atau kelebihan bakat dalam diri sendiri untuk menghasilkan ukiran, hanya faham bahawa kelebihan menghasilkan ukiran itu diantara usaha mencari makan sesuap nasi, ini bermaksud sekiranya individu ini berusaha untuk tujuan sesuap nasi itu bermula umur 18 tahun yang lalu untuk tahun 2020 individu ini sudah 42 tahun membuang masa hanya kerana sesuap nasi.

 

Bagaimana pula sekiranya pemahaman dan latihan diberi kepada individu berusia remaja yang sudah pasti faham dan tahu akan kehebatan diri sendiri yang disokong dengan kewujudan bakat yang cemerlang dalam menghasilkan ukiran beserta dengan pendedahan dan mengejar ilmu pengetahuan bagi melebarkan lagi usaha dan menabur lagi baja dapatan kepada kehebatan bakat sendiri ini bakal memberi satu jalan yang hebat untuk menerokai keadaan yang lebih cemerlang untuk mengalirkan dapatan yang lumayan.

 

Perbezaan mengenali akan ‘bakat diri sendiri dan berusaha’ dan ‘tidak mengenali bakat diri sendiri tetapi berusaha untuk mendapat pendapatan’ itu mempunyai penceritaan yang berbeza dan dapatan yang berbeza dalam melaksanakan atau tidak memahami nilai bakat dalam diri sendiri.

 

Dengan penyataan tersebut  ‘individu yang tidak mengenali akan bakat diri sendiri dan tetap berusaha untuk mendapatkan pendapatan’ bakal dikatakan rugi, pengiraan dalam tempoh umur 18  tahun bermula menghasilkan ukiran hingga 60 tahun itu diperkatakan telah rugi selama 42 tahun.

 

Ini berbeza dengan individu yang telah faham akan istilah dan kesan ‘bakat’dan mengunapakai istilah ‘bakat diri sendiri dan berusaha’ dalam mendapatkan pendapatan yang terbaik, dengan ini penilitian itu wujud dengan menyatakan bahawa individu ini cemerlang kerana hasil pemahaman bakat dalam diri dilaksanakan dengan susunatur perancangan, pengetahuan dan dapatan hasil yang terbaik maka pengiraan dalam tempoh umur 20 tahun bermula dan berjaya terbaik dalam tahun 2020 berumur 25 tahun maka keberangkalian dalam tempoh perbezaan  5 tahun dapat diperkatakan individu remaja ini telah berjaya dengan cemerlang.

 

Ini jelas dinyatakan contoh perbezaan pemahaman ‘bakat diri sendiri dan berusaha’ dan ‘tidak mengenali bakat diri sendiri tetapi berusaha untuk mendapat pendapatan’ itu amat rugi dan untung.

 

Sebagai pengiraan contoh, ‘bakat diri sendiri dan berusaha’ dalam tempoh 5 tahun berjaya dalam perjalanan hasil bakat sendiri, manakala ‘tidak mengenali bakat diri sendiri tetapi berusaha untuk mendapat pendapatan’ dalam tempoh 42 tahun masih dalam  istilah ‘cari makan sesuap nasi’.

 

Berikut adalah persoalan yang perlu difahami dan dijawab oleh setiap individu yang keliru akan kewujudan bakat diri sendiri, ini amat terbaik bagi membantu diri sendiri bagi menghayati kewujudan bakat dalam diri sendiri dan adakah diri sendiri tahu akan bakat sendiri.

  1. Apakah yang telah berlaku kepada bakat yang ada dalam diri saya sendiri?
  2. Siapakah yang terlibat dalam mengasah bakat saya?
  3. Apakah punca konflik yang menyebabkan saya tidak faham akan kewujudan bakat sendiri?
  4. Mengapakah saya terlibat dengan konflik pemahaman tentang bakat diri sendiri?
  5. Pernahkan saya mengambil arah jalan yang lain bagi memotivasikan diri sendiri untuk dapatkan pengenalan terperinci terhadap bakat saya sendiri
  6. Adakah saya faham dan tahu akan perbezaan bakat saya dengan individu yang lain.

 

Jelas menyatakan akan satu pertanyaan untuk diri sendiri, adakah kita faham akan keberkesanan dan hasil bakat yang ada dalam kerancakan hebat atau kekeliruan dalam gagal wujudnya pemahaman bakat dalam kehidupan seharian, dan pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri dengan persoalan ‘saya gagal disebabkan saya tidak faham akan kewujudan bakat sendiri, saya hanya faham akan kewujudan bakat orang lain’ atau pernahkan berbangga dengan percapaian diri sendiri yang cemerlang disebabkan oleh keyakinan terhadap bakat sendiri dan usaha cemerlang untuk bakat diri sendiri…….

 

‘Carilah dan fahamilah apa Bakat yang ada dalam diri sendiri’

 

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Sabah

 

KOLEKSI DEWI

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation