Dua pemenang hadiah utama kempen Bank Islam bawa pulang Proton X50 | DagangNews Skip to main content

Dua pemenang hadiah utama kempen Bank Islam bawa pulang Proton X50

Mohammed Iran Moriff Mohd Shariff (dua dari kanan) bergambar bersama pemenang hadiah utama Kempen ‘Nak Cuti Le Tuu..’, Muhammad Shahrul Hafiz (tiga dari kanan) dan keluarganya yang membawa pulang Proton X50.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Jun - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyerahkan dua buah kereta Proton X50 kepada dua pemenang hadiah utama Kempen ‘Nak Cuti Le Tuu…’, Rozanna Purwanti Abdul Wahab dan Muhammad Shahrul Hafiz.

 

Penyampaian hadiah kempen tersebut telah disempurnakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohammed Iran Moriff Mohd Shariff dan Pengarah eChannels Bank Islam, Romina Talib pada satu majlis yang diadakan di Pusat Pameran Proton Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

 

Muhammad Shahrul berkata, dia sering menggunakan aplikasi GO by Bank Islam untuk melakukan transaksi perbankan, khasnya pindahan dana ke akaun Tabung Haji untuk simpanan haji kelak. 

 

"Perkhidmatan ini amat memudahkan saya," katanya.


 
Menurut Rozanna, dia tidak menyangka telah terpilih sebagai pemenang kempen tersebut memandangkan perkhidmatan dalam talian sentiasa menjadi pilihan kerana urusan perbankan yang lebih mudah dan cepat. 

 

Kempen yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 April 2022 itu bertujuan menggalakkan budaya tanpa tunai dalam kalangan pelanggan Bank Islam dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan menerusi aplikasi GO by Bank Islam dan platform Perbankan Internet Bank Islam. 

 

Perkhidmatan-perkhidmatan terlibat termasuk DuitNow, JomPAY dan FPX.

 

 

bankislam
Romina Talib (kanan) bergambar bersama Rozanna Purwanti Abdul Wahab (tiga dari kanan) dan keluarganya.

 

 

bankislam

 

 

Pelanggan Bank Islam juga boleh menyempurnakan urusan Tabung Haji mereka dengan mudah dan segera menerusi kedua-dua saluran digital Bank Islam termasuk pertanyaan baki, sejarah transaksi, menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Kad Debit-i Bank Islam, pemindahan dana antara akaun Tabung Haji dan Bank Islam serta pendaftaran haji. - DagangNews.com