DynaFront dibuka 9.6% lebih tinggi pertama kali disenarai di Pasaran LEAP | DagangNews Skip to main content

DynaFront dibuka 9.6% lebih tinggi pertama kali disenarai di Pasaran LEAP

Dari kiri: Pengarah bukan bebas bukan eksekutif DynaFront, Chan Choong Wai; Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Cik Gan Hui Ping dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Chan Eng Lim melakukan gimik memukul gong sempena penyenaraian DynaFront di Pasaran LEAP, Bursa Malaysia pagi ini, secara maya.


 

KUALA LUMPUR 23 Julai – DynaFront Holdings Berhad, syarikat pakar teknologi insurans, mencatat kejayaan dengan penampilan julung kalinya di Pasaran LEAP Bursa Securities Malaysia Berhad hari ini pada 23 sen sesaham, iaitu merupakan 2 sen atau 9.6% lebih tinggi berbanding harga tawaran sebanyak 21 sen sesaham.


 
Syarikat dan subsidiarinya merupakan pakar di dalam pembangunan dan penyediaan rumusan teknologi maklumat (“IT”) proprietari dan direka khas untuk perusahaan bagi pelbagai syarikat insurans hayat, termasuk penginsurans hayat konvensional, pengendali Takaful, agens insurans hayat korporat persendirian dan operasi asurans berkumpulan.

 

Rumusan DynaFront menawarkan sama ada sebagai produk perisian proprietari atau perkhidmatan terurus, telah dengan jayanya diperluaskan ke pasaran Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Hong Kong.


 
Kumpulan menawarkan suite rumusan perisian yang lengkap, merangkumi daripada sistem automasi jualan bahagian hadapan hingga individu barisan belakang dan sistem pengurusan hayat kumpulan termasuk PrecentiaCMS untuk sistem automasi jualan bahagian belakang pengurusan hayat kumpulan untuk manfaat kakitangan.

 

DynaFront turut menawarkan PrecentiaTakaful yang menyokong  Wakalah, Mudharabah dan konsep hibrid serta boleh disepadukan ke pelbagai model Takaful.


 
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DynaFront, Chan Eng Lim, semasa majlis penyenaraian hari ini, berkata, “Kami berbangga dengan fakta bahawa kebanyakan kakitangan pengurusan utama kami sememangnya berasal dari industri insurans hayat.

 

"Latar belakang industri kami yang teguh dan pengetahuan domain yang mendalam, diganding pula dengan kepakaran IT kami, merupakan faktor penting bukan sahaja di dalam reka bentuk dan kejuruteraan rumusan perisian kami, tetapi juga menyumbang kepada kejayaan Kumpulan selama ini.”


 
“Melangkah ke hadapan, Kumpulan kami akan terus berkembang dan meningkatkan penawaran rumusan kami dengan mengguna pakai mikroservis berasaskan kejuruteraan untuk menyampaikan perkhidmatan konsisten, berkualiti tinggi dengan keselamatan, boleh diharap dan kelincahan di dalam semua rumusan kami kepada para pelanggan.

 

"Dengan mengguna pakai kejuruteraan mikroservis ini, kami menjangkakan generasi seterusnya rumusan perisian kami akan menjadi ringan dengan himpunan teknologi moden dan dipacu AI, di dalam usaha kami untuk mewujudkan ekosistem insurans lebih pintar," katanya dalam kenyataan di sini.

 
DynaFront juga melangkah masuk ke dalam ruang insurans maya, dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan Kumpulan menumpukan kepada pembangunan dan pelaksanaan aplikasi mobil baharu bagi data berkaitan penaja jaminan insurans di dalam peranti boleh pakai (wearable), termasuk peranti pintar secara web yang menggunakan sistem binaan dalaman, seperti pemproses, sensor dan perkakasan komunikasi.

 

Ia adalah bagi tujuan mengumpul, menghantar dan bertindak ke atas data yang diperoleh daripada persekitaran mereka seperti imbasan suhu dan pengesanan pergerakan kepada jam tangan pintar dan peranti boleh pakai kesihatan.

 

Penyelarasan masa sebenar dan pemprosesan data antara peranti boleh pakai dan platform mikroservis kami serta pemantauan kesihatan masa sebenar akan membolehkan syarikat insurans hayat untuk menstrukturkan produk insurans secara lebih disusun khusus dan bersesuaian dengan pemegang polisi.

 

Hong Leong Investment Bank Berhad merupakan Penasihat Bertauliah, Agen Penempatan dan Penasihat Berterusan bagi proses penyenaraian. - DagangNews.com