FGV hadiahkan kek ulang tahun ke-2 DagangNews.com | DagangNews Skip to main content

FGV hadiahkan kek ulang tahun ke-2 DagangNews.com

Nur Syuhada Naziri (kanan) menyampaikan kek ulang tahun ke-2 DagangNews kepada Johardy Ibrahim dan Muhammad Faizal Zakaria di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam pada 4 Julai 2022.
Oleh Mohamad Iman

SHAH ALAM 4 Julai - Sidang Editorial DagangNews.com menerima kejutan daripada Jabatan Komunikasi Strategik FGV yang menghadiahkan kek bersempena ulang tahun ke-2 portal berita perniagaan ini.

 

FGV yang diwakili Pengurus Komunikasi Strategik, Nur Syuhada Naziri dan eksekutifnya, Nur Affifah Baharim membawa kejutan manis tersebut di pejabat maya portal ini di PKNS BizPoint, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7 di sini hari ini.

 

Nur Syuhada berkata, FGV mengikuti laporan DagangNews bukan sahaja berkisar mengenai aktiviti korporat syarikat tetapi juga komoditi sawit yang merupakan perniagaan teras FGV.

 

"Kami menghargai fokus yang diberikan oleh DagangNews dalam pemberitaan komoditi kerana tidak banyak portal berita yang berbuat demikian,'' katanya.

 

 

fgv

 

 

Sementara itu, Editor DagangNews, Johardy Ibrahim mewakili Sidang Editorial merakamkan penghargaan atas hadiah kek tersebut.

 

"Portal ini baharu berusia dua tahun dan mengikut pelan perniagaan 3 tahun, usaha perluasan jenama perlu diperkuatkan lagi. Ini kami lakukan dengan melantik wartawan-wartawan sambilan di seluruh negara untuk membantu menyediakan kandungan di negeri masing-masing.

 

Yang turut hadir adalah rakan sekutu perniagaan DagangNews, Muhammad Faizal Zakaria. - DagangNews.com