Harga bawang naik lebih 15% | DagangNews Skip to main content

Harga bawang naik lebih 15%


Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Purata harga seunit bawang tidak termasuk bawang putih meningkat kira-kira 15% berbanding tahun lalu, berdasarkan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) September 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini. 

Di kebanyakan negeri, harga bawang kecil pada September 2020 meningkat 16.4% berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Bawang besar pula meningkat 14.2% bagi tempoh sama. 

Berdasarkan Harga Item Terpilih di Malaysia pada September 2020, harga bawang besar bagi satu kilogram bernilai RM3.92.

Johor mencatatkan harga bawang besar bagi satu kilogram tertinggi iaitu RM4.11.

Ini diikuti oleh Kedah (RM3.74), Melaka (RM3.19), Kelantan (RM3.06) dan Negeri Sembilan (RM3). 

Antara indeks lain yang menunjukkan kenaikan harga tahun ke tahun di kebanyakan negeri adalah halia (19.5%), dan cili kering (14.6%).

Pada Jun lalu, purata harga bawang mencecah RM4.58 bagi setiap kilogram.

Pada tempoh berkenaan, graf peningkatan harga mengikut negeri menyaksikan Sabah dengan harga bawang termahal iaitu RM7.17 bagi setiap kilogram. - DagangNews.com