Skip to main content
Kolum DEWI - 2 July 2021

Hidup memang perit bagi peniaga sekarang, tapi bunuh diri bukan selesai masalah

 

 

RASA takut dan kekecewaan akan keadaan semasa, rasa marah kerana keadaan ini telah menyebabkan pendapatan harian, bulanan atau tahunan itu berkurangan atau langsung tidak ada dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan makanan sehingga menjadikan individu tersebut hilang pertimbangan dan memilih dengan cara yang lain.

 

Contoh situasi sebegini telah menyatakan kita telah dikelilingi oleh individu sudah mempunyai perasaan terdesak dalam melakukan sesuatu demi kehidupan, keadaan ini bakal melahirkan satu kesan bahaya kepada pelbagai bentuk tindakan bagi menyelesaikan masalah kekurangan itu.

 

Keadaan ini juga dijadikan kesempatan oleh golongan tidak bertanggungjawab yang mana telah lama mengamalkan bentuk kehidupan sebegini lalu mencetuskan perasaan benci untuk mereka yang terdesak berterusan benci dan melakukan sesuatu tidak diinginkan seperti mencuri dan membunuh diri.

 

Masih ada lagi ruangan ada di dalam jiwa untuk mengenali diri sendiri jangan lupa setiap saraf bergerak di dalam tubuh badan ianya menyatakan ada usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, kenapa mesti patuh kepada kesedihan melampau sehingga menjadikan diri itu hilang begitu saja. 

 

Istilah keberangkalian selalunya tidak diambil peduli dan dibiarkan begitu saja, namun kini ucapan keberangkalian itu sentiasa ada di bibir untuk diluahkan tanda kekesalan. Penceritaan menjadi bualan ini di tumpuhkan kepada para peniaga tepi jalan, peniaga kecil, peniaga mikro yang begitu ‘sakit’ dihanyutkan oleh keadaan semasa terkini.  

 

Keberangkalian mereka untuk terusan kecewa tanpa berusaha itu bakal berlaku, keberangkalian mereka akan hilang dalam kehidupan sendiri juga bakal berlaku dan keberangkalian mereka menjadi ‘pemarah’ akan berterusan tanpa henti.

 

Keadaan berlaku ini merupakan satu tanda mereka telah mengalami satu tekanan yang tidak mahu dikongsi tetapi mahu dipertontonkan, sekiranya mereka mahu dikongsi pasti dapat dibantu dan dapat dinyatakan tindakan seterusnya maka perasaan marah dan benci itu akan jauh dan hilang maka semangat untuk menjadi kejam kepada diri sediri pasti hilang.

dewi

  

Jenis manusia mana yang tidak akan rasa kecewa sekiranya apa yang diusahakan selama itu hanya hilang begitu  saja disebabkan keadaan semasa ini, semua akan rasa kecewa dan hampa tetapi kenapa perlu rasa kecewa sehingga hilang pertimbangan maka dalam  keadaan sebegini rangkaian berikut diperlukan untuk diperkatakan sendiri kepada diri sendiri:

 

  1. Tanya kemampuan diri sendiri

Apabila di dalam keadaan yang terlalu sukar untuk mempertahankan kemampuan diri sebagai contoh tiada pendapatan atau pendapatan tidak seperti dahulu.

  • Buat kiraan semula apakah pembelajaan yang amat penting di dalam kehidupan
  • Apakah barangan yang perlu dijual semula
  • Apakah barangan yang tidak perlu dipakai
  • gunapakai barangan yang hanya mampu untuk diri dan keluarga.

 

 

  1. Lihat persekitaraan siapa yang boleh membantu

Cari ahli keluarga atau para sahabat yang boleh membantu, sekiranya mereka tidak boleh membantu jangan marah atau jangan jadikan musuh kerana keadaan semasa adalah serupa. Kalau tidak dapat bantuan daripada ahli keluarga atau para sahabat mohon bantuan daripada pihak tertentu maka harus peka dimanakah menyediakan tempat aduan  dan memberi bantuan, maka dapatkan bantuan daripada mereka dan semat di dalam hati jangan terlalu mengharap bantuan menjulang tinggi cukup sekadar perlu kerana ramai lagi yang mengharap.

 

  1. Jangan jadikan ‘online’ sebagai tempat luahkan perasaan

Sememangnya ada penyataan yang menyatakan jadikan ‘online’ (facebook, Instagram) sebagai tempat untuk meluahkan perasaan sedih marah dan sebagainya. Luahan perasaan yang terlalu kasar, terlalu marah dan terlalu sedih itu bakal menjadikan diri sendiri rosak dan bertambah kecewa dan pelbagai tindakan akan berlaku seperti memarahi orang lain tanpa usul, menangis dipertontonkan tanpa faham bagaimana menyelesaikan keadaan tersebut dan perilaku seola-olah bingung yang boleh menyatakan yang si peluah perasaan itu tidak stabil dan mungkin sakit, maka rakaman dan intaian itu akan dijadikan kenangan dilipatan memori setiap mereka.

 

  1. Dapatkan bantuan dan jangan mengharap bantuan yang bakal diberi adalah bantuan  hebat.

Dapatkan bantuan yang dan jangan mengharap jenis bantuan terlalu hebat dan bertanggapan bantuan diberi itu terus dapat menyelesaikan masalah perniagaan atau peribadi. Semua kemahuan sebegini akan mengambil masa untuk ditunaikan dan ianya tidaklah dilaksanakan di dalam keadaan singkat, maka ajaklah hati sendiri untuk faham apabila di sebut ‘bantuan’ itu bukannya mampu untuk menyelesaikan kesemua masalah individu maka individu itu perlu faham dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

 

  1. Ubah cara berfikir mengenai ‘ubahan kehidupan’, ubah semula keadaan kehidupan berdasarkan keadaan semasa.

‘Ukur baju dibadan sendiri’ diri sendiri harus sudah faham apa juga tindakan yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan kehidupan semasa, sekiranya setiap individu itu sudah faham maka tidak akan ada satu desakan atau paksaan kepada minda sendiri untuk melaksanakan perubahan tanpa memikirkan keperluan perubahan itu samada menyusahkan atau sebaliknya.

 

Kelima-lima penyataan ini dapat menyatakan tahap keegoan diri individu. Sekiranya mereka mampu untuk bertahan dan faham persoalan dan penyataan yang harus dijawab dan difahami oleh diri sendiri ini jelas menyatakan bahawa indivdiu tersebut masih lagi dalam keadaan yang stabil dalam menghadapi keadaan semasa.

 

Namun sekiranya masih ada individu  ‘ego’ untuk mahu faham dan turut serta mengamal pemahaman ini maka keberangkalian adanya mereka yang sakit mental atau pun mengambil tindakan membunuh diri itu akan bertambah, ini disebabkan tahap keegoan tinggi di dalam diri tidak dapat dibendung apabila tidak dapat dibendung maka ianya akan dibalut sendiri oleh individu ini dengan perasaan sedih sedangkan semua ini adalah bermula daripada tahap ego yang tidak mahu mereka lain tahu keadaan sebenar.

 

Ceritakan kepada diri ‘ego’ yang ada di dalam diri bakal menghapuskan suksess diri sendiri. Dapat dinyatakan bahawa suksess itu bukan hanya ada di waktu keadaan normal atau hebat tetapi suksess itu juga terbentuk bila kita sudah berada di dalam keadaan yang terikat dan tandus. 

 

Buatlah pilihan suksess selepas faham rungkaian kelima-lima penyataan tersebut maka ianya akan menjawab dengan penuh informasi penyataan seterusnya:

 

Bagaimana cara pembawaan suksess di dalam diri. Suksess untuk diri sendiri itu luas sekiranya orang lain melihat maka pasti akan dinyatakan suksess itu terlalu luas, maka tanya diri sendiri bentuk suksess yang bagaimana perlu dirancang bagi menjadikan diri sendiri yakin semula,

      • tanya diri sendiri apa jenis sukses yang diperlukan
      • gariskan panduan semasa dan terkini
      • dapatkan contoh-contoh daripada mereka yang pernah sukses hingga ke hari ini dan mereka yang pernah suksess tetapi gagal
      • fahami apakah bentuk kreativiti, pengurusan dan ‘entrepreneural’ dalam menjayakan suksess yang diidamkan.

 

Diri sendiri perlu ada ciri suksess yang harus ada di lipatan jiwa iaitu:  

  • mempunyai tenaga usaha yang maksimum,
  • ada arah dan pandu yang betul,
  • faham maksud ‘ego’ takutkan diri jangan guna sifat ‘ego’ yang tidak berasas,
  • sering nyatakan kepada jiwa sendiri ‘boleh’ dan diiringi perasaan yakin dan berkerja keras.
  • Dan janji kepada jiwa sendiri akan sabar dan berusaha sekiranya mengalami sebarang ‘kegagalan’

 

Nyatakan ukuran adakah suksess tersebut masih jauh daripada kawalan sendiri, kekecewaan bakal berlaku apabila diri sendiri tidak faham akan arah tuju suksess yang direncanakan. Pelaksanaan suksess dibibir itu hanya begitu saja tanpa difikirkan keadaan suksess tersebut. Persoalan adakah ianya jauh daripada tujuan tidak dibincangkan maka tanpa perbincangan ini ukuran suksess pasti masih jauh tertinggal daripada kawalan sendiri.

 

Apabila keadaan ini berlaku individu akan mula terkejut dan marah kenapa tidak mendapat suksess sedangkan yang lain mereka suksess, perbandingan sesama diri ini seringkali dipersoalkan apabila sudah keliru dan ada perasaan ego kerana tidak mahu mengaku bahawa semua itu berlaku disebabkan diri sediri yang tidak menjaga arah suksess diri sendiri. Maka akan tercetuslah perasaan kecewa.

 

Jangan jadikan diri sendiri itu terlalu kecewa, tanya diri sendiri adakah kekecewaan dengan keadaan semasa itu adalah berpunca daripada pembawaan ‘ego’ diri sendiri atau sememangnya diri sendiri itu sudah kecewa setelah mencari arah yang langsung tiada bantuan. 

 

Bermula tanam persediaan untuk suksess bila sudah bersedia untuk suksess maka  bersedialah untuk menghadapi kegagalan. Tumpukan kepada pemahaman diri sendiri dapatkan apakah kekuatan, kelemahan diri sendiri dan carilah apakah teknik terbaik untuk menjadikan diri sendiri itu lebih berpengetahuan dalam memahami diri sendiri.  

 

Bersedia dengan persoalan semasa dimana setiap tujuan sasaran bakal dan sering kali berubah maka nyatakan kepada diri untuk sentiasa berusaha dan bersedia.

 

Jangan buat pilihan yang terlalu ‘kalah’ dalam menghadapi kehidupan kini…..

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

 

 

 

 

 

Portfolio Tags