i-City, CMIM bekerjsama bangunkan bangunan pintar dengan teknologi hijau pertama di Malaysia | DagangNews Skip to main content

i-City, CMIM bekerjsama bangunkan bangunan pintar dengan teknologi hijau pertama di Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Jan - i-City Properties (i-City) akan bekerjasama dengan China Mobile International (Malaysia) Sdn. Bhd. (CMIM) bagi membangunkan bangunan pintar dengan teknologi hijau pertama di bandar teknologi No.1 Malaysia, i-City.

 

Pengarah i-City, Monica Ong berkata, menara korporat itu akan dilengkapi dengan kemudahan internet 5G, kamera dan pengesan untuk memantau keadaan setempat, penggunaan tenaga dan pergerakan manusia bagi tujuan pengumpulan data.

 

Beliau juga memberitahu, pembinaan bangunan itu juga akan dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ia menjadi misi mereka untuk menambah nilai kepada projek untuk para pemegang saham menerusi penggunaan teknologi pintar.

 

"Menerusi penggunaan AI kami boleh mengetahui jumlah kakitangan keselamatan dan pembersihan yang diperlukan berdasarkan kepada data yang data yang dikumpul termasuk jumlah penggunaan mesin untuk menguruskan bangunan semasa waktu pucak.

 

"Ia akan membantu mengekalkan kelestarian bangunan selain memberi pengalaman yang lebih baik kepada penghuni selain pada masa sama kami memberi penekanan kepada kelestarian alam sekitar di bandar pintar," katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Majlis jalinan kerjasama itu turut disaksikan Exco Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

 

Monica berkata, menerusi pelancaran teknologi 5G tahun ini, i-City akan memajukan teknologi AI dalam memastikan bandar ultrapolis itu mengekalkan kedudukannya sebagai bandar pintar pertama yang paling progresif di Malaysia.

 

Mengulas mengenai kerjasa dengan CMIM, beliau berkata, i-City yakin dengan pengalaman 14 tahun mereka dalam membangunkan teknologi cekap tenaga dalam mengatasi isu perubahan iklim menerusi 'pelan tindakan hijau' adalah selaras dengan hala tuju i-City.

 

Sementara itu, Pengarah CMIM, Jakie Chen berkata, selaku pembekal penyelesaian teknologi, mereka sangat berbesar hati apabila i-City berminat untuk menggunakan AI dalam usaha memulihara alam sekitar di bandar pintar mereka.

 

"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan i-City untuk membangunkan inovasi penyelesaian teknologi ICT dalam usaha menjimatkan tenaga dan mengurangkan pengeluaran karbon dalam usaha melindungi ekosisyem alam sekitar," katanya. - DagangNews.com