KUALA LUMPUR 6 Nov - Pemain pembinaan Gagasan Nadi Cergas Bhd membeli dua syarikat pada harga RM185 juta, untuk menguasai Konsortium PAE Sepakat Sdn Bhd (KPSSB), yang memiliki konsesi pengurusan fasiliti kemudahan asrama pelajar di tujuh kampus politeknik.