Saya suka bawa Daie Wasiyyah Shoppe jalan makan angin | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 01 Nov 2023 07:00 AM
WasiyyahShoppe

SAYA SUKA BAWA DAIE WASIYYAH SHOPPE BERHAD JALAN MAKAN ANGIN

 

 

 

KETIKA artikel ini ditulis, saya berada di Pulau Lombok. Saya mengiringi rombongan daie-daie Wasiyyah Shoppe Berhad yang berjaya memenangi insentif percutian kami. Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami kerap menganjurkan insentif percutian seperti ini untuk memberi motivasi kepada daie-daie.

 

Saya pernah membawa daie ke umrah, Turki, Indonesia, Korea dan pelbagai negara lain. Dalam jangka masa terdekat, saya akan keluar lagi membawa mereka ke Dubai dan destinasi seterusnya ialah ke Taiwan.

 

Tak penat ke asyik berjalan ‘makan angin’ ? Ya memang penat kerana saya juga dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan lain untuk membawa Wasiyyah Shoppe Berhad ke tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. ‘Makan angin’ seperti yang ramai orang fikirkan ini sebenarnya ialah kerja kepada saya.

 

Apabila bersama daie di dalam trip insentif seperti ini saya sebenarnya mengambil peluang untuk mendapatkan ‘engagement’ langsung dengan daie-daie Wasiyyah Shoppe Berhad. Kami beraktiviti bersama dan makan bersama. Memecahkan birokrasi dan mengukuh komunikasi ialah antara sebab utama kenapa saya pun suka mengiringi daie-daie ke trip insentif ini.

 

Saya mengambil peluang keemasan ini untuk berkongsi bersama daie-daie kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad mengambil keputusan untuk bertindak mengikut cara tertentu dan menerangkan tentang hala tuju Syarikat. Falsafah operasi dan kepimpinan organisasi juga boleh dikongsikan dengan cara yang paling santai.    

 

Selain daripada mengukuhkan silaturahim dan mewujudkan saluran komunikasi cekap, saya juga dapat menyelami apakah yang sedang berlaku di lapangan. Daie-daie ini ialah orang yang mewakili Wasiyyah Shoppe Berhad dan merekalah yang berdepan dengan masyarakat.

 

 

WasiyyahShoppe

 

 

Saya dapat mendengar terus daripada mereka apakah cabaran yang sedang mereka hadapi baik cabaran dalaman mahupun cabaran luaran. Saya juga dapat mendengar cadangan penambahbaikan daripada mereka. Input-input ini akan saya gunakan untuk berbincang dengan pasukan pengurusan saya bagi membentuk aktiviti taktikal tetapi dalam masa yang sama masih kekal dengan hala tuju strategik kami.

 

Di dalam ilmu pengurusan, ini dipanggil sebagai ‘rear view mirror’ atau cermin pandang belakang  yang membolehkan kita melihat ke belakang. Di dalam bergerak ke hadapan, kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang berada di belakang kita kerana ketika itu kita sedang memecut pada kelajuan yang tinggi.

 

Sesi berbual santai bersama daie Wasiyyah Shoppe Berhad memberikan saya perspektif ‘bottom-up’ yang sangat berharga. Sebagai pemimpin organisasi saya faham bahawa saya tidak tahu dan tidak nampak semua perkara. Saya perlukan orang lain untuk melihat dari luar dan memberikan input atau teguran itu. Semua input-input ini sangat berguna bagi saya memastikan Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa bergerak ke hadapan dan beradaptasi dengan persekitaran yang dinamik.   

 

Pengalaman 25 tahun dalam industri ini menunjukkan kepada saya bahawa kerja ini bukanlah kerja mudah. Wasiyyah Shoppe Berhad telah bekerja keras ‘mencipta’ industri yang pada asalnya tidak wujud.

 

Saya masih ingat ketika kami bermula pada tahun 2004, hampir tiada siapa pun faham apa itu hibah. Malah saya dituduh sebagai membawa ajaran sesat kerana ada yang mengatakan hibah itu tidak wujud dalam Al-Quran dan Islam !

 

Selain berdepan tekanan dari pihak yang tidak faham tetapi berlagak pandai, kami juga perlu bertungkus lumus untuk memberikan kefahaman yang tepat kepada masyarakat. Sebelum berjaya membuatkan pelanggan bersetuju untuk membayar dan membuat dokumen perancangan harta mereka, kami perlu mendidik mereka dengan ilmu pewarisan.

 

Kami perlu bekerja keras untuk mendidik mereka bahawa merancang harta ini adalah sesuatu yang ‘perlu’ dan bukan sekadar satu ‘kemahuan’. Sepanjang 10 tahun pertama sehingga tahun 2014, saya dan pasukan pengurusan bertungkus-lumus membuat apa sahaja yang termampu untuk memberi pendidikan ini secara ‘PERCUMA’ kepada masyarakat.

 

 

parafrasa

 

 

Kami bermusafir ke seluruh Malaysia sehingga ada kalanya tidur di dalam kereta sahaja. Adakah hasil usaha ini berbaloi ? Kalau dikira sehingga secara tepat sen dan ringgitnya, jujur saya katakan segala usaha penat lelah ini tidak berbaloi langsung dengan pulangannya. Ini jugalah yang dilalui oleh semua daie-daie Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

Kalau ingin mengejar kekayaan dan wang ringgit, nasihat saya  janganlah  sertai industri perancangan harta ini. Anda akan kecewa dan berputus-asa. Kerja penat tetapi hasil tidak seberapa. Ada lebih banyak kerjaya dalam perancangan kewangan yang akan memberikan anda pulangan kewangan yang lebih mewah dan kehidupan lebih ‘glamour’ seperti insurans, takaful atau unit amanah.

 

Sepanjang 25 tahun terlibat di dalam industri ini semenjak 1998, saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri ramai orang yang masuk ke dalam industri perancangan harta tetapi kemudiannya  ‘syahid’ kerana kecewa tidak mendapat pulangan seperti yang diharapkan. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman. Mereka menyangka mudah sahaja  untuk mendapat pulangan lumayan dari industri ini.  

 

Atas sebab itu, saya telah mendidik daie-daie Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak 2004 supaya mempunyai nawaitu yang tepat bila melakukan dakwah ini. Saya mendidik mereka daripada awal bahawa perjuangan ini memang akan penuh dengan ranjau dan cabaran.   

 

Pastinya teras kepada kemampuan kita untuk bertahan di dalam industri ini ialah dengan mempunyai nawaitu yang betul. Nawaitu kita mestilah untuk membantu seberapa ramai orang Islam merancang harta mereka mengikut kaedah Syarak kerana Allah SWT.

 

 

parafrasa

 

 

Saya selalu tekankan bahawa ini adalah satu dakwah dan bukan sekadar satu perniagaan untuk mendapatkan komisen. Ya betul Wasiyyah Shoppe Berhad memberikan insentif percutian dalam dan luar negara kepada daie kami. Namun saya selalu ingatkan bahawa itu bukanlah objektif utama kami. Ia hanya satu bentuk motivasi dan penghargaan yang diberikan Wasiyyah Shoppe Berhad atas kerja keras mereka.

 

Ganjaran yang paling kita harapkan semestinya ialah keredaan Allah SWT. Nabi berpesan bahawa salah satu dari tiga perkara yang tidak putus dari anak adam ialah ilmu yang bermanfaat. Sebagai daie atau keluarga Wasiyyah Shoppe Berhad, inilah sebenarnya yang sedang kita raih semenjak hampir 20 tahun yang lepas iaitu menyebarkan dakwah fiqh mawarith kepada masyarakat. Semoga Allah SWT menerima kerja ini sebagai salah satu dari amalan baik kita di dunia ini.

 

 

ariffinsabirin
Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas & CEO Wasiyyah Shoppe Bhd
ariffinsabirin

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

dagangnews