23% hilang kerja akibat penutupan syarikat awal 2021 | DagangNews Skip to main content

23% hilang kerja akibat penutupan syarikat awal 2021

Hilang kerja

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Sebanyak 23% kes kehilangan pekerjaan di Malaysia pada minggu pertama 2021 adalah disebabkan oleh penutupan syarikat.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, kes tersebut berpunca daripada masalah kewangan yang ditanggung syarikat.

 

"Pada minggu pertama tahun 2021, kebanyakan kes kehilangan pekerjaan disebabkan oleh penutupan syarikat (23%), pengurangan tenaga kerja (16%) dan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) (16%).

 

"Berdasarkan pemerhatian, ia berpunca daripada masalah kewangan yang dialami syarikat.

 

"Kebanyakan majikan yang mengalami penurunan pendapatan kesan pandemik COVID-19 terpaksa menutup syarikat atau memberhentikan pekerja mereka," jelas Perkeso.

 

.

 

Kesemua kes tersebut direkodkan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi minggu pertama tahun ini iaitu hingga 8 Januari 2021.

 

Tambah Perkeso, pekerja yang kehilangan pekerjaan boleh mendapatkan bantuan kewangan dan pencarian kerja daripada SIP Perkeso melalui pautan https://eis.perkeso.gov.my.

 

Bagi majikan dalam sektor pelancongan dan runcit yang mengalami masalah kewangan pula boleh mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah 3.0 melalui https://psu.perkeso.gov.my. - DagangNews.com