4 faktor pacu pemulihan pendapatan FY21 KPJ Healthcare | DagangNews Skip to main content

4 faktor pacu pemulihan pendapatan FY21 KPJ Healthcare

KPJ Healthcare

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Prospek pendapatan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) terus mendapat penilaian positif bagi tahun kewangan 2021 (FY21).

 

MIDF Research berkata, perkara itu dinilai berdasarkan kepada empat faktor yang dilihat mampu menyumbang kepada pendapatan tahun kewangan tersebut.

 

Berikut adalah empat faktor yang menjadi penilaian MIDF Research;

  1. Peningkatan jumlah hospital yang baru dibuka
  2. Strategi pertumbuhan baharu yang tersusun
  3. Penurunan perbelanjaan modal (CAPEX) 
  4. Penambahan perniagaan sampingan seperti perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan 

 

 

MIDF Research berkata, kesemua faktor tersebut dijangka menjadi penyumbang positif kepada pendapatan tahun kewangan 2021 dan tahun seterusnya.

 

KPJ mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM133.6 juta pada tahun kewangan 2020, susut -37.5% berbanding tahun sebelumnya.

 

Pendapatan bagi tempoh tersebut juga susut sebanyak 12.4% tahun ke tahun disebabkan oleh jumlah lawatan pesakit yang lemah dan kadar penghunian katil (BOR) yang rendah.

 

MIDF Research berkata, ia didorong oleh kebimbangan orang ramai terhadap wabak COVID-19 yang menyebabkan ramai pesakit memilih untuk menangguhkan rawatan yang tidak terdesak.

 

Sementara itu, CGS-CIMB Research berkata, kadar penghunian katil (BOR) sepanjang tahun lalu menurun sebanyak 3% pada suku keempat 2020 kepada 48%.

 

Penurunan itu disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) serta peningkatan semula kes COVID-19 di Malaysia.

 

Disebalik cabaran tersebut, CGS-CIMB Research berkata, hospital baharu dalam rangkaitan KPJ seperti KPJ Perlis, KPJ Bandar Dato Onn, KPJ Batu Pahat dan KPJ Miri masih mampu mencatatkan peningkatan jumlah lawatan pesakit pada separuh kedua tahun kewangan 2020.

 

CGS-CIMB Research berpendapat, situasi tersebut menunjukkan permintaan sedia ada di hospital-hospital baharu adalah lebih tinggi.

 

Firma penyelidik MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' saham KPJ dengan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM1.12.

 

Sementara itu, CGS-CIMB Research pula mengulangi saranan 'tambah' saham KPJ dengan TP sebanyak RM1.14. - DagangNews.com