7 kiosk Maybank ditutup bermula 20 September depan | DagangNews Skip to main content

7 kiosk Maybank ditutup bermula 20 September depan

Maybank pokok sena, Kedah.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Malayan Banking Bhd (Maybank) membuat pengumuman penutupan kekal sebanyak tujuh buah kiosknya bermula 20 September 2021.

 

Menurut maklumannya di laman web Maybank2u hari ini, penutupan kiosk berkenaan melibatkan tiga buah kiosk di Selangor, dua di Kedah, manakala dua lagi adalah di Perlis dan Terengganu.

 

Tiga buah kiosk yang terlibat di Selangor adalah kiosk yang terletak di Tesco Semenyih, Tesco Kajang dan Tesco Bukit Beruntung.

 

Ketiga-tiga kiosk berkenaan akan tutup pada 4 Oktober nanti.

 

Sementara di Kedah pula, penutupan kiosk melibatkan kiosk di C-Mart Aman Jaya dan Pokok Sena.

 

.

 

Kiosk di Aman Jaya akan tutup pada 20 September 2021, manakala kiosk di Pokok Sena akan ditutup menjelang 4 Oktober nanti.

 

Penutupan kiosk di Perlis pula melibatkan kiosk yang terletak di C-Mart Arau.

 

Penutupan kiosk berkenaan juga adalah pada 4 Oktober 2021, tarikh sama seperti penutupan kiosk di Terengganu yang terletak di Giant Kuala Terengganu.

 

Dalam makluman yang sama, Maybank turut menyarankan pelanggannya untuk mengunjungi cawangan yang berhampiran atau menggunakan Self-Service Terminals (SST) bagi urusan perbankan. 

 

"Kami menggalakkan anda untuk melakukan semua keperluan perbankan penting melalui Maybank2u, Maybank2u Biz dan Maybank2E dengan selesa di rumah," tambah Maybank. - DagangNews.com