84 badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jakim | DagangNews Skip to main content

84 badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jakim

 84 badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jakim

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi pengiktirafan kepada 84 badan pensijilan luar negara berdasarkan laporan kemas kini bertarikh 1 Disember 2020.

 

Pengiktirafan kepada 84 badan pensijilan di 46 buah negara itu adalah untuk mewakili Jakim bagi membantu dan mengesahkan status halal bahan atau produk mentah dengan penuh tanggungjawab dan integriti.

 

Pengiktirafan yang diberi dinilai kepada kemampuan badan pensijilan halal luar negara yang mematuhi prosedur dan garis panduan Malaysia.

 

Usaha tersebut seiring dengan peranan Jakim dalam melindungi pengguna Muslim di Malaysia dengan memastikan pengguna mendapatkan produk halal sebagaimana yang dituntut oleh Syariah.

 


Berikut adalah antara badan pensijilan luar negara yang mendapat pengiktirafan Jakim;

 


AUSTRALIA

  • Australian Halal Authority & Advisers (AHAA)
  • Perth Mosque Incorporated
  • Islamic Association of Katanning
  • Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA)
  • Halal Certification Authority Australia (HCAA) 
  • Islamic Co-Ordinating Council of Victoria (ICCV)
  • Australian National Imams Council (ANIC) 

 

ARGENTINA

  • Islamic Centre of the Argentine Republic (Centro Islamico de la Republica Argentina)

 


BANGLADESH

  • Islamic Foundation Bangladesh (Baitul Moqarram National Mosque)

 

BELGIUM

  • Halal Food Council of Europe (HFCE)

 

 

 84 badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jakim

 

 

Senarai penuh 84 badan pensijilan luar negara yang diiktiraf Jakim boleh dilayari melalui pautan www.halal.gov.my. - DagangNews.com