Ambil alih 4 konsesi lebuh raya: Kerajaan dijangka jimat RM4.3 bilion dalam subsidi tol | DagangNews Skip to main content

Ambil alih 4 konsesi lebuh raya: Kerajaan dijangka jimat RM4.3 bilion dalam subsidi tol

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang dikendali oleh Kumpulan Gamuda

KUALA LUMPUR 6 April - Cadangan penstrukturan semula daripada empat pemegang konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan membolehkan kerajaan menjimatkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion dalam subsidi tol.

 

Dana tersebut kemudiannya boleh dipakai untuk perbelanjaan pembangunan yang mendesak dan kritikal termasuk menambah baik infrastruktur asas di negara ini.

 

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Mohammed Rashdan Mohd Yusof berkata penjimatan ini kemudiannya boleh dibelanjakan bagi perbelanjaan pembangunan yang penting termasuk infrastruktur asas yang akan meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

 

"Ia boleh disalurkan untuk memberi manfaat yang lebih meluas kepada rakyat serta Keluarga Malaysia secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau  menjelaskan Gamuda masih mempertimbangkan dan membincangkan tawaran daripada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), dan akan mengumumkan keputusannya mengenai tawaran ALR secara serta-merta selepas lembaga kumpulan membuat keputusan mengenainya.

 

"Industri tol telah bersifat agak kompleks untuk beberapa waktu, cuba mencari penyelesaian yang sesuai bagi meringankan beban kerajaan untuk membayar subsidi tol setiap tahun.


 

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Mohammed Rashdan Mohd Yusof
                            Mohammed Rashdan Mohd Yusof

 


''Usaha menyelesaikan keadaan ini adalah sesuatu yang sangat sukar, hinggalah semalam," katanya. - DagangNews.com