AWC jalin kerjasama dengan PT Bintang Timur Investama teroka bidang tenaga hijau di Malaysia | DagangNews Skip to main content

AWC jalin kerjasama dengan PT Bintang Timur Investama teroka bidang tenaga hijau di Malaysia

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Jan - AWC Berhad memetrai Memoradnum Persefahaman (MoU) dengan PT Bintang Timur Investama (PTBTI) bagi meneroka peluang dalam bidang tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.

 

Jalinan kerjasama itu akan bermula pada 9 Januari 2023 dan berkuat kuasa selama 12 bulan melainkan mana-mana pihak mengambil keputusan untuk menamatkan MoU itu.

 

"MoU itu akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak telah membuat perjanjian muktamad untuk melaksanakan tujuan dan objektif MOU ini atau tempoh kerjasama itu tamat atau mana-mana yang terdahulu," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

PTBTI merupakan syarikat yang terlibat dalam perundingan, pembiayaan dan pelaburan di Indonesia dengan modal saham terbitan dan berbayar sebanyak AS$5 juta (RM21.88 juta).

 

Jalinan kerjasama itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama AWC.

 

MOU itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan AWC untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. - DagangNews.com