Bajet tinggi untuk sektor penjagaan kesihatan beri kesan positif kepada Supercomnet - Mercury Securities | DagangNews Skip to main content

Bajet tinggi untuk sektor penjagaan kesihatan beri kesan positif kepada Supercomnet - Mercury Securities

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Dis - Mercury Securities berkeyakinan peruntukan bajet yang lebih tinggi untuk sektor penjagaan kesihatan akan memberi kesan positif kepada Supercomnet Technologies Berhad.

 

Firma itu berkata, menerusi gabungan kerajaan baharu, kumpulan itu akan memanfaatkan salah satu manifesto utama bagi reformasi penjagaan kesihatan yang berkisar pada menggandakan perbelanjaan penjagaan kesihatan awam kepada 5.0% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi menyamai saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 

"Langkah itu boleh meningkatkan lagi permintaan untuk produk dan perkhidmatan dalam industri," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, sumbangan Ambu Sdn. Bhd. bagaimanapun berkurangan pada 3QFY22 disebabkan oleh dua produk ditarik balik daripada pasaran kerana kebimbangan mengenai kebocoran sama ada cuff bronkial atau trakea.

 

"Pada suku tersebut, sumbangan hasil daripada Ambu merosot kepada kira-kira 20.0% daripada hasil kumpulan (sumbangan 2QFY22 adalah kira-kira 28.0%).

 

"Melangkah ke hadapan, sumbangan dijangka kekal pada paras semasa dan mungkin hanya normal bermula 2QFY23 dan seterusnya," katanya.

 

Firma itu berkata, segmen perubatan akan terus menyokong pertumbuhan keseluruhan kumpulan bagi FY23 manakala segmen industri akan disadarkan kepada pengeluaran besar-besaran abah-abah wayar dan tangki bahan api.

 

Katanya, ia termasuk sistem infusi picagari bukan elektrik IHS yang akan menyaksikan pengeluaran besar-besaran masuk ke aliran pada Disember 2022, Ambu’s Falcon–C (kolonoskop) dalam 2QFY23 

 

"Segmen automotif akan disokong oleh pengeluaran besar-besaran abah-abah wayar dan tangki bahan api kepada syarikat kereta Eropah akan bermula pada 2023.

 

"Langkah itu mungkin menyaksikan perubahan dalam komposisi hasil kerana hasil segmen automotif yang hanya menghasilkan sehingga 14.0% daripada jumlah hasil dalam 3QFY22 mengatasi sumbangan hasil daripada segmen perindustrian yang mencapai 30.0% pada suku tersebut," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.94 sesaham. - DagangNews.com