Bask Bear Coffee taja anak Beruang Madu Borneo untuk penjagaan dan pemulihan selama setahun | DagangNews Skip to main content

Bask Bear Coffee taja anak Beruang Madu Borneo untuk penjagaan dan pemulihan selama setahun

SANDAKAN 23 Jun Bask Bear Coffee, pengasas kopi inovatif di Malaysia yang berinspirasikan beruang madu kini membantu seekor anak beruang madu Borneo yatim piatu bernama Tenom yang telah ditangkap orang setempat dan hampir dijadikan haiwan peliharaan di sini.

 

Tenom yang berusia hanya tiga bulan kini berada di bawah jagaan  Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) di kawasan Sepilok, Batu 14, Sandakan.

 

Sebuah pasukan dari Bask Bear Coffee telah hadir di BSBCC untuk memeterai perjanjian penajaan Tenom selama setahun bersama pusat BSBCC sementara kakitangan mereka mencuba untuk memulihara Tenom dan menyediakan yang sepatutnya sebelum menghantar pulang Tenom ke habitat asalnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas BSBCC, Dr Wong Siew Te bersama pasukannya telah memperkenalkan Tenom kepada pasukan Bask Bear Coffee setelah penyerahan simbolik sepanduk diadakan bagi menandakan hasrat jenama kopi Bask Bear untuk membantu Tenom pulang ke hutan.


 

volatiliti

 


“Apabila kami mengetahui berita penangkapan dan penyelamatan Tenom, kami teringin melakukan sesuatu. Dengan itu, kami telah segera menghubungi BSBSCC untuk memulakan proses anak angkat ini,” kata Bryan Loo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas LOOB Holding Sdn Bhd, serta pemilik jenama Bask Bear Coffee.

 

“Bask Bear Coffee pernah bekerjasama dengan BSBCC beberapa tahun yang lalu, oleh itu, kami sangat mengetahui cara pekerjaan hebat pusat ini dan juga pengasasnya, Dr Wong.

 

“Harapan kami hanya untuk Tenom pulang ke hutan asalnya selepas menjalani proses pemulihan di pusat tersebut.

 

“Sebagai sebuah jenama yang dikait rapat dengan beruang madu Borneo yang terancam ini, kami berharap untuk menyebarkan pesanan bahawa beruang bukan untuk diburu atau dijadikan haiwan peliharaan. Kami berharap dapat melakukan tanggungjawab kami untuk membantu memulihara beruang madu Borneo kami yang merupakan sebahagian daripada warisan negara Malaysia,” kata Loo.


 

tnb

 

tnb

 


Beliau berkata, pasukan Bask Bear Coffee akan mengkaji lagi inisiatif yang boleh mengalu-alukan pelanggannya untuk turut terlibat dalam pemuliharaan Tenom dan kemudian dikembalikan ke hutan.

 

Selain berterima kasih di atas tajaan Bask Bear Coffee, Dr Wong juga berharap sumbangan yang telah diberikan ini dapat meningkatkan kesedaran bahawa beruang madu Borneo adalah haiwan yang dilindungi.

 

“Kami berharap penajaan dan adopsi ini akan meningkatkan kesedaran dalam diri rakyat bahawa lebih banyak inisiatif yang perlu dilakukan untuk memelihara beruang kami sekaligus menggalakkan orang lain untuk menyertai kempen ‘Adopt a Sun Bear’ ini,” kata Dr Wong.

 

Tenom yang seberat 4kg telah dibeli dari sebuah kampung di sempadan Beaufort-Sipitang dengan harga RM500 pada 29 Mei yang lalu. Selepas diselamatkan oleh pasukan renjer hidupan liar, Tenom telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar dan dipindahkan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP) sebelum ia tiba di BSBCC pada 10 Jun yang lalu.


 

tenom

 


“Tenom gemar bermain, mempunyai sifat ingin tahu dan penuh bertenaga. Kami gembira kerana Tenom tidak menjadi haiwan peliharaan seseorang dan hidup di dalam sangkar kecil,” sambung beliau.

 

“Oleh sedemikian, kami akan terus melakukan yang terbaik untuk memberikan persekitaran yang sempurna untuk Tenom berkembang secara semula jadi dan kemudian kembali ke hutan suatu hari nanti,” tambahnya. - DagangNews.com