BAT : Langkah pertama banteras pasaran gelap tembakau | DagangNews Skip to main content

BAT : Langkah pertama banteras pasaran gelap tembakau

Jonathan Reed

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. – British American Tobacco (Malaysia) Berhad mengalu-alukan pengumuman Menteri Kewangan Datuk Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memperkenalkan langkah-langkah membanteras pasaran gelap tembakau dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. 

 

BAT Malaysia melihat langkah-langkah ini sebagai sebahagian daripada tindakan pertama untuk menyekat bekalan rokok tidak sah ke Malaysia.

 

BAT Malaysia juga menekankan bahawa langkah Kerajaan ini perlu diambil dan tepat pada masanya memandangkan Malaysia kini menguasai 65% daripada seluruh pasaran dan berada di kedudukan No.1 di dunia bagi rokok tidak sah.  

 

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, pihaknya menghargai usaha Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia yang memandang berat dan mengakui ancaman besar yang ditimbulkan oleh pasaran gelap tembakau dan mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu ini.  

 

“Kadar cukai tinggi yang dikenakan ke atas rokok sah telah mewujudkan permintaan berterusan bagi rokok tidak sah yang murah. Pasaran gelap tembakau bukan sahaja menimbulkan kerugian berbilion Ringgit dari segi cukai yang tidak dikutip, tetapi turut membiayai kegiatan jenayah, menggalakkan rasuah dan meningkatkan tabiat merokok dalam kalangan belia.”   

 

“Kami percaya usaha untuk menambah baik penguatkuasaan pada masa depan perlu disokong oleh reformasi eksais untuk benar-benar membanteras pasaran gelap tembakau. Jurang harga antara produk sah dan tidak sah adalah terlalu besar, lantas menimbulkan situasi yang tidak boleh ditangani melalui penguatkuasaan semata-mata.”

aaa

“Hakikatnya, kami yakin bahawa pengguna Malaysia mahu mematuhi undang-undang. Jika diberi pilihan wajar untuk membeli produk sah pada harga berpatutan, kebanyakan mereka tidak mahu menyerahkan wang kepada penjenayah,” katanya. - DagangNews.com