BELANJAWAN 2021:Caruman KWSP dikurangkan kepada 9% | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021:Caruman KWSP dikurangkan kepada 9%

BELANJAWAN 2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kadar caruman minimum terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diputuskan untuk diturunkan kepada kadar yang lebih rendah iaitu 9%.

 

Kadar tersebut berbeza dengan caruman minimum sebelum ini iaitu 11%.

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan terhadap perkara tersebut akan dimulakan pada Januari 2021.

 

"Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 9% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.

 

"Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion," jelasnya dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

aaa

Mengulas lanjut, beliau turut memberitahu, KWSP turut memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

 

"Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion," tambah beliau. - DagangNews.com