Berjaya Food dijangka terima manfaat daripada peningkatan pengambilan kopi di Malaysia, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Berjaya Food dijangka terima manfaat daripada peningkatan pengambilan kopi di Malaysia, kata CGS-CIMB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Sept - CGS-CIMB Research yakin Berjaya Food Berhad menerusi Starbucks berada pada kedudukan bagi menerima manfaat peningkatan pengambilan kopi di Malaysia.

 

Firma penyelidikan itu berkata, selain itu mereka juga akan menerima manfaat dairpada musim perayaan dan peningkatan kehadiran semula pelancong pada suku keempat tahun ini.

 

"Berdasarkan pemerhatian kami, Starbucks mempunyai ruang untuk meneroka lebih banyak pasaran baharu seperti pejabat, universiti, hotel dan kawasan kediaman.

 

"Selain itu dalam kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar serta di Malaysia Timur," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

CGS-CIMB Research menjangkakan, Berjaya Food akan kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 5%/11%/10% dari tahun ke tahun pada FY24/FY25/ FY26, didorong oleh pertumbuhan hasil antara 3% hingga 8%.

 

Peningkatan itu didorong pembukaan Starbucks yang lebih tinggi antara 35 hingga ke 45 cawangan berbanding purata 26 cawangan setahun dalam tempoh lima tahun lalu pada FY24 hingga FY26.

 

"Keuntungan kumpulan itu juga dijangka meningkat hasil pemulihan margin apabila kos bahan mentah menyusut," katanya.

 

Firma penyelidikan itu menyemak naik penarafan Berjaya Food kepada 'tambah' daripada 'kurang' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi berdasarkan Model Pertumbuhan Gordon (GGM). 

 

"Bagaimanapun mereka berdepan beberapa cabaran termasuk tekanan kos input yang berpanjangan dan saingan sengit yang mengakibatkan jualan yang lebih lemah," katanya. - DagangNews.com