Berminat bekerja di PlayStation Studios Malaysia? Ini masanya! | DagangNews Skip to main content

Berminat bekerja di PlayStation Studios Malaysia? Ini masanya!

 

 

KUALA LUMPUR 29 Mac - Bagi mereka yang belum tahu, kini studio PlayStation Worldwide sudah bertapak di Malaysia. 

 

Jika anda berminat untuk bekerja di sini, maka peluangnya kini sudah terbuka. 

 

Tidak salah jika mencuba, mana tahu ada peluang membina kerjaya menarik anda di sini!

 

Sumber : Twitter Hasnul Hadi Samsudin

 

 

Dalam ciapan Twitter Hasnul Hadi Samsudin, Ketua PlayStation Worldwide Studios Malaysia, pihaknya kini sedang aktif mencari mereka yang sesuai dan berkelayakan. 

 

Bermula daripada DevOps hingga animators, ada banyak lagi jawatan ditawarkan. 

 

Hasnul juga menyertakan pautan LinkedIn yang menunjukkan jawatan-jawatan dibuka untuk rakyat. 

 

Ada 12 jawatan berbeza kini menunggu anda yang berbakat di PlayStation Worldwide Studios Malaysia.

 

Bagi mereka yang tidak tahu di mana lokasi studio ini, ia terletak di Kuala Lumpur dan mereka perlu memohon salah satu jawatan ini sebelum syarikat menyediakan alamat yang tepat. 

 

Jika berminat, apa tunggu lagi! Boleh jenguk-jenguk Twitter Hasnul kalau mahukan maklumat terkini.  - DagangNews.com