CEO Boustead Plantations letak jawatan, berperanan lebih besar di Boustead | DagangNews Skip to main content

CEO Boustead Plantations letak jawatan, berperanan lebih besar di Boustead

 

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boustead Plantations Bhd, Ibrahim Abdul Majid yang mengumumkan peletakan jawatannya semalam akan memikul tanggungjawab lebih besar di Boustead Holdings Bhd (BHB).

 

 Ibrahim, 61, dilantik sebagai CEO syarikat perladangan itu pada Disember 2019.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia semalam, beliau dilaporkan akan menerajui inisiatif inovasi dan teknologi perladangan BHB.

 

BHB memiliki 57.42% dalam Boustead Plantations. 

 

Pada 24 Jun lalu, Pengarah Urusan Kumpulan BHB, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, kumpulan akan memberi fokus untuk membangunkan dan menggunakan analisis data, platform risikan perniagaan dan pembelajaran berterusan dalam menentukan hala tuju perniagaan. 

 

Ketika mengakhiri dagangan tengah hari ini, saham Boustead Plantations menokok 0.88% kepada 57 sen dengan 348,300 saham diniagakan. - DagangNews.com