CGS-CIMB Research jangka NTPM kembali catat pendapatan positif pada FY23 didorong harga bahan mentah stabil | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research jangka NTPM kembali catat pendapatan positif pada FY23 didorong harga bahan mentah stabil

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Sept - NTPM Holdings Berhad dijangka kembali mencatatkan pendapatan positif pada FY23 hasil daripada jumlah jualan lebih tinggi bagi poduk tisu, normalisasi margin keuntungan dan harga bahan mentah yang stabil.

 

CGS-CIMB Research berkata, kumpulan itu akan menyampaikan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) terkompaun FY24 hingga 26 (EPS) sebanyak 63% didorong oleh CAGR 9% dalam jualan volum produk kertas tisu dan normalisasi dalam margin kasar, iaitu daripada 43.6% pada FY23 kepada 51.7% pada FY26, memandangkan kos bahan mentah stabil.

 

"Produk  tisu NTPM, iaitu PREMIER dan Royal Gold, mempunyai pengikut tersendiri dan dengan kedua-dua jenama ini membantu memastikan 45% hingga 50% peratus bahagian pasaran kumpulan dalam pasaran.

 

"Dengan nama jenama yang kukuh dan kesetiaan pelanggan serta pengembangan yang konsisten ke dalam pasaran dan volum eksport, NTPM berjaya mengekalkan CAGR jualan produk kertas tisu 12 tahun sebanyak 5% berbanding FY12-FY23," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota kajian, hari ini.

 

CGS-CIMB Research berkata, walaupun penggunaan kapasiti produk kertas tisunya mencecah paras rendah 50% pada FY23 sebelum mencatatkan peningkatan 55% pada Ogos tahun ini, dipacu oleh pertumbuhan permintaan dalam pasaran tempatan dan eksport.

 

Untuk makluman, harga pulpa meningkat sebanyak 62% antara FY21 dan FY23, yang membawa kepada penurunan 10 mata peratusan dalam margin dalam tempoh yang sama.

 

"Memandangkan harga pulpa berada pada paras 32% setakat ini (YTD), kami menjangkakan harga pulpa akan stabil, menyebabkan pemulihan margin pada FY24.

 

"Ini, bersama-sama dengan penggunaan kapasiti produk kertas tisunya yang lebih tinggi, seharusnya mengembalikan margin kasar kepada 47.5% pada FY24," katanya.

 

CGS-CIMB Research menaik taraf NTPM kepada 'tambah' berbanding 'pegang' dengan harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak 75 sen sesaham. - DagangNews.com