CGS-CIMB Research jangka penyepaduan rangkaian CelcomDigi berjalan lancar tanpa gangguan besar | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research jangka penyepaduan rangkaian CelcomDigi berjalan lancar tanpa gangguan besar

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Sept - CGS-CIMB Research menjangkakan penyepaduan rangakaian CelcomDigi Berhad berjalan lancar dengan isu minimum selain tida bukti gangguan besar terhadap talian mereka sehingga kini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, sehingga pertengahan Ogos lalu, penyepaduan kira-kira 40% daripada 5,000 tapak yang disasarkan untuk tahun ini berjaya diselesaikan.

 

"Secara keseluruhannya, proses penyepaduan akan menyaksikan gabungan 25,000 tapak sebelum penggabungan kedua-dua rangkaian diperkemas kepada sekitar 18,000 tapak, dengan kapasiti rangkaian dan liputan penyepaduan akan dipertingkatkan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Katanya, laman web kumpulan itu juga sudah memasukkan beberapa sistem baharu di laman web mereka yang sebelum ini hanya tersedia kepada pelanggan Digi.

 

Sebagai contoh, membenarkan pelanggan memilih nombor pilihan mereka apabila membeli kad SIM baharu dan ia menandakan perkembangan positif proses penyepaduan kumpulan itu.

 

"Pada pandangan kami, penggabungan itu menyatukan liputan rangkaian Celcom dan sistem lanjutan digi bagi memberikan pelanggan pengalaman keseluruhan yang lebih baik," katanya.

 

Firma penyelidikan itu kekal berpandangan bahawa Celcom dan Maxis akan menjadi pemacu utama dua rangkaian akhir 5G, dengan Celcom berkemungkinan besar akan mengendalikan rangkaian pertama (Entiti A), yang kini merupakan rangkaian DNB.

 

Katanya, semua pihak yang ingin mengambil pegangan ekuiti dalam rangkaian 5G pada mulanya perlu mengambil bahagian dalam Entiti A.

 

"Setelah entiti A mencapai 80% liputan populasi (kini sekitar 69%), mereka yang berminat untuk mengambil kepentingan dalam rangkaian kedua (Entiti B) akan menjual kepentingan mereka kepada mereka yang tinggal dalam Entiti A," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi, RM5.18 sesaham. - DagangNews.com