Country Heights anjur pertandingan nyanyi lagu Negaraku | DagangNews Skip to main content

Country Heights anjur pertandingan nyanyi lagu Negaraku

SHAH ALAM 29 Ogos – Inisiatif `Bantu-Bantu Malaysia telah dilancarkan oleh Tan Sri Lee Kim Yew, Pengasas Country Heights Holdings Berhad ketika pandemik COVID-19  melanda Malaysia yang seterusnya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan sebahagian besar perusahaan gulung tikar.  

Inisiatif ini bermula dengan membantu rakyat Malaysia yang terkena impak pandemik dan membantu menyediakan bahan makanan asas Food on the table dan turut memperkenalkan A Mask is Must.

bbm

Bertepatan dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Bantu-Bantu Malaysia telah  melancarkan inisiatif ketiga Food for Thought  Campaign', sebuah kempen media sosial iaitu pertandingan video nyanyian The Voice of National Anthem - Negara Ku.

M
enurut Country Heights Holdings dalam kenyataan di sini, orang ramai yang berminat turut serta boleh menyediakan rakaman video nyanyian solo atau berkumpulan dengan nyanyian lagu NegaraKu di dalam set-up atau montaj yang kreatif atau unik dengan bendera Jalur Gemilang dan unsur-unsur berinspirasi kenegaraan. 

Pertandingan telah bermula pada 16 Ogos 2020 dan tarikh tutup ialah 16 September 2020 dan terbuka untuk semua warga negara Malaysia.

Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti dan jumlah perkongsian di Facebook yang terbanyak. Video yang paling disukai dan memenuhi syarat sebagai pemenang untuk lima (5) pemenang teratas.

W
ang tunai dan hadiah menarik bakal menunggu pemenang yang bertuah dan 10 pemenang teratas akan dijemput ke Konsert Majlis Penganugerahan.   

P
eserta perlu memuat masuk video nyanyian ke Facebook mereka dan hashtag (tanda pagar) facebook Bantu-bantu Malaysia: #TheVoiceofNationalAnthemNegaraKu #NegaraKU #BantuBantuMalaysia #HariKemerdekaan #BulanKemerdekaan #HariMalaysia dan dikongsi sebanyak mungkin.

Pemenang The Voice of National Anthem - NegaraKu akan dimaklumkan di facebook Bantu-bantu Malaysia

Menurut Country Heights, pada Julai lalu, Bantu-Bantu Malaysia telah melancarkan Peraduan Video & Esei Rukun Negara sempena menyambut ulang tahun ke-50 Rukun Negara bertema Rukun Negara, lima tonggak untuk membentuk perpaduan yang kuat antara kaum di Malaysia.   

"Pertandingan unik ini memberi peluang kepada kita untuk menceritakan kisah hebat Rukun Negara kita sebagai vitamin dan ubat (panduan) kepada kehidupan seharian kita.  Pertandingan yang dijalankan sejak awal Julai dan akan berakhir pada 31 Ogos 2020," kata kenyataan itu.

Maklumat lebih lanjut mengenai kempen Food for Thought ini, sila lawat facebook Bantu-Bantu Malaysia dan https://bantubantumalaysiafoodforthought.com/ untuk mendaftar dan penjelasan lebih lanjut. - DagangNews.com