DagangNews anjur pertandingan videografi kreatif bersempena Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia | DagangNews Skip to main content

DagangNews anjur pertandingan videografi kreatif bersempena Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

BERSEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023, DagangNews menganjurkan pertandingan videografi kreatif bermula 17 Julai hingga 17 September ini.

 

Pertandingan bertemakan Kemampanan, Keyakinan, Kesejahteraan, Hormat, Daya Cipta dan Ihsan ini terbuka kepada warga Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam melahirkan individu yang memiliki idea dan daya kreatif sendiri.

 

Untuk menyertai pertandingan itu, orang ramai yang berminat perlu 'Like', 'Follow' akaun media sosial DagangNews seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

 

Hantarkan video berdurasi satu hingga tiga minit berdasarkan tema tertera dan siarkan video tersebut di laman TikTok dan tag @DagangNews berserta hashtag #contestdagangnews #negarakumerdeka

 

"Video yang telah siap wajib dihantarkan ke contest@dagangnews.com berserta alamat penuh dan nombor telefon selain wajib tag lima orang kawan, dan muat naik kembali apabila video dimuat naik dari akaun TikTok DagangNews.

 

"Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.

 

"Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM500 berserta sijil penyertaan (e-cert) manakala masing-masing RM300 dan RM200 bagi tempat kedua dan ketiga berserta e-cert. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 22 September 2023," kata DagangNews dalam satu kenyataan.

 

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah: 

 

PERATURAN UMUM

 

1. Video hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur MEMALUKAN, MENGHINA, MEMPERSENDA DAN BOLEH MEMBERI IMEJ YANG BURUK KEPADA AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

 

2. Peserta mesti menggunakan bunyi dan/atau muzik yang sesuai dengan skit/tarian/penampilan yang sesuai untuk video yang diserahkan. Penyerahan pertandingan mestilah tidak termasuk sebarang pengesahan produk atau perkhidmatan, atau sebarang kandungan lucah, ganas, perkauman atau fitnah.

 

3. Penyertaan yang tidak lengkap atau penyertaan yang tidak mematuhi spesifikasi rasmi akan dibatalkan secara automatik.

 

4. Pihak DagangNews berhak menambah suntingan kandungan permulaan (Intro) dan pengakhiran (ending) untuk siaran semula.

 

5. Pihak DagangNews TIDAK akan melayan sebarang TUNTUTAN sekiranya video yang dihantar TIDAK sampai atau TIDAK diterbitkan.

 

6. Pihak DagangNews berhak meletakkan logo ke atas karya terpilih untuk siaran media sosial DagangNews.

 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

 

1. Klip video yang diserahkan mestilah berdurasi 1-3 minit, dalam resolusi HD (1080p dan 720p) dalam format .MP4 atau .MOV atau .WMA atau .QT. Penyerahan melebihi 3 minit mungkin dibatalkan.

 

2. Video mesti dimuat naik sebagai satu fail tunggal dalam kualiti tertinggi.

 

3. Peserta boleh menggunakan peranti rakaman mereka sendiri (telefon bimbit atau camcorder).

 

4. Video boleh dihasilkan dalam format di bawah:

  • Dokumentari
  • Sinematografi
  • Vlog
  • Drama pendek
  • Montaj Gambar
  • Gaya bebas

 

KRITERIA PENILAIAN

 

1. Hakim akan mencari penyerahan yang kreatif, menarik dan memberi inspirasi serta relevan dengan topik pertandingan.

 

2. Pemenang akan ditentukan di atas 70% penilaian berdasarkan kandungan dan jumlah SUKA (LIKE) serta TONTONAN (view) dan 30% Juri hakim pihak penganjur.

 

3. Penilaian juri termasuk peralihan kesan , keaslian dan daya tarikan visual.

 

4. Penganjur dan hakim berhak untuk mengeluarkan mana-mana penyertaan daripada pertandingan yang mereka rasa mungkin melanggar mana-mana peraturan Pertandingan, Terma dan Syarat atau boleh mencemarkan nama pertandingan. Penyertaan sedemikian akan dibatalkan kelayakan.

 

HAK CIPTA

 

1. Hak cipta bahan yang dihantar untuk pertandingan ini kekal pada peserta masing- masing dan dengan menyertai pertandingan ini, adalah dipersetujui bahawa peserta telah memberikan lesen kepada DagangNews untuk menggunakan bahan yang disumbangkan untuk tujuan pendidikan atau pemasaran melalui web berasaskan kaedah digital.

 

2. Sekiranya mana-mana bahan yang dibekalkan oleh peserta mengandungi hasil kerja individu atau organisasi pihak ketiga, adalah difahamkan bahawa menjadi tanggungjawab peserta untuk mendapatkan kebenaran dan atau lesen yang berkaitan.

 

3. Pihak DagangNews tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan mana-mana individu untuk mendapatkan pelepasan hak cipta sebelum penyerahan pertandingan. - DagangNews.com