Dana TLB OYO terlebih langganan 1.7 kali | DagangNews Skip to main content

Dana TLB OYO terlebih langganan 1.7 kali

 

 

KUALA LUMPUR 16 Julai - OYO berjaya mengumpulkan pendanaan pinjaman bertempoh B (TLB) berjumlah AS$660 juta daripada pelabur institusi global yang mana tawaran itu telah terlebih langganan sebanyak 1.7 kali.

 

Syarikat itu turut menerima komitmen hampir AS$1 bilion daripada pelabur institusi terkemuka.

 

Tawaran itu telah ditingkatkan sebanyak 10% kepada AS$660 juta, memandangkan terdapat minat yang kukuh daripada para pelabur walaupun serangan virus terus meningkat. 

 

Kadar margin faedah turut diturunkan sebanyak 25 mata asas daripada Panduan Harga Permulaan. 

 

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan OYO, Abhishek Gupta berkata, ini adalah bukti kepada kekuatan dan kejayaan produk OYO pada skala besar, dengan yang kukuh dan potensi bernilai tinggi.

 

Katanya, OYO memiliki modal yang cukup dan berada di atas landasan yang betul ke arah mencapai keuntungan terutama apabila 2 pasaran terbesarnya menunjukkan keuntungan di sebalik pandemik COVID-19.

 

“Kami sangat gembira dengan maklum balas yang diterima terhadap pengumpulan modal TLB sulung OYO sehingga terlebih langganan oleh pelabur institusi global terkemuka. 

 

"Kami juga berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada misi OYO bagi mencipta nilai untuk para pemilik dan pengendali hotel dan rumah penginapan di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Moody’s dan Fitch masing-masing telah membuat penarafan B3, dan B - memberikan gambaran yang stabil, untuk pinjaman bercagar kanan OYO, berdasarkan model perniagaan syarikat yang kukuh dan profil kewangan yang berdaya tahan dengan potensi besar untuk terus berkembang. 

 

JP Morgan, Deutsche Bank dan Mizuho Securities bertindak sebagai pengatur utama untuk pembiayaan ini.

 

OYO membawakan pelbagai produk teknologi yang mendorong penjanaan hasil dan keuntungan yang segera dan mampan, disokong oleh kecekapan operasi kepada rakan kongsinya di India dan seluruh dunia. - DagangNews.com