ECERDC capai pelaburan komited swasta RM13.4 bilion atasi sasaran RM12 bilion - PM | DagangNews Skip to main content

ECERDC capai pelaburan komited swasta RM13.4 bilion atasi sasaran RM12 bilion - PM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Jan - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya mencapai pelaburan komited swasta berjumlah RM13.4 bilion sehingga 31 Disember 2021, melepasi sasaran pelaburan komited yang telah ditetapkan sebanyak RM12 bilion. 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, difahamkan setakat 31 Disember 2021, ECERDC telah mencapai 40% atau RM27.7 bilion daripada sasaran pelaburan komited yang ditetapkan dalam Pelan Induk ECER 2.0 berjumlah RM70 bilion.

 

"Alhamdulillah dengan kerjasama erat yang diberikan oleh pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan, pelaksanaan projek dan program di ECER serta pelbagai inisiatif promosi pelaburan telah dilaksanakan dengar lancar.

 

"Pencapaian ini menunjukkan bahawa sokongan kerajaan terutamanya dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur strategik dan pelanjutan pakej insentif di ECER terbukti berkesan dalam meningkatkan daya saing Wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

 

Mesyuarat yang diadakan di Kuantan itu dihadiri Menteri Besar negeri-negeri Pantai Timur iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Datuk Ahmad Yakob (Kelantan).

 

Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

 

pm

 

Ismail Sabri kemudiannya mengadakan tinjauan ke Menara Kuantan 188 yang menjadi antara produk pelancongan terkini dan ikonik yang dibangunkan ECERDC di pesisir Sungai Kuantan.

 

pm

 

Beliau bersama rombongan itu juga dibawa ke 'skydeck' Menara Kuantan yang menyajikan pemandangan 360 darjah keseluruhan bandar raya Kuantan. - DagangNews.com