EPS UEM Sunrise dikurangkan hingga 31% | DagangNews Skip to main content

EPS UEM Sunrise dikurangkan hingga 31%

UEM Sunrise Bhd. (UEMS)

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 25 Ogos - CGS-CIMB Research mengurangkan jangkaan perolehan sesaham (EPS) syarikat UEM Sunrise Bhd. (UEMS) sebanyak 7% hingga 31% bagi tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Susulan pengurangan tersebut, harga sasaran saham (TP) dikekalkan pada RM0.59.

"Kami kurangakn EPS FY20-22F sebanyak 7-31% untuk mengambil kira perubahan sasaran penjualan dan pelancaran projek," kata CGS-CIMB Research.

Prestasi UEMS pada separuh tahun pertama bagi tahun kewangan 2020 berada pada paras bawah berbanding jangkaan.

Prestasi kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh pembekuan kerja-kerja pembinaan, penjualan yang ditunda serta kegagalan pelancaran projek baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang separuh tahun pertama 2020, penjualan hartanah menurun pada RM151 juta berbanding RM532 juta pada tempoh sama 2019.

Prestasi tersebut hanya merangkumi c.8% daripada sasaran penjualan bagi tahun kewangan 2020 iaitu sebanyak RM2 bilion.

Bagi separuh kedua 2020 pula, CGS-CIMB Research menjangkakan prestasi lebih kukuh dicatat UEMS susulan peningkatan pendapatan hasil projek Australia serta peningkatan dalam penjualan hartanah.

UEMS turut merancang untuk melancarkan projek baharu bernilai hingga RM756 juta pada separuh kedua 2020.

Antara projek utama yang disusun bagi tempoh berkenaan adalah Allevia Mont'Kiara (GDV RM 542 milion), Senadi Hills Iskandar Puteri (GDV RM171 milion) dan Serene Heights Bangi (GDV RM43 milion). - DagangNews.com