Oleh JOHARDY IBRAHIM
[email protected]
MELAKA 2 Nov. – FashionTV, peneraju platform penyiaran bagi fesyen dan gaya hidup terkini akan membuka jenama kafe miliknya yang dikenali di peringkat antarabangsa di Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International) The Sail Melaka.
Sebagai pemaju tempatan dan pakar pelancongan hartanah yang pernah memenangi anugerah, Sheng Tai International mencetuskan idea untuk membawa jenama yang eksklusif itu ke Malaysia memandangkan pop-up café berkembang begitu pesat di Dubai, Abu Dhabi, Bangkok dan China.
Kafe tersebut yang dikenali di seluruh dunia sebagai F Pop-up Café akan menghidupkan kemewahan dan dunia fesyen yang glamor ke projek pembangunan bercampur di Melaka ketika ini. Malah, kafe itu akan menjadi tempat pertemuan dan hab kepada golongan pengembara mewah (jet setter), penggemar fesyen dan pelancong dari seluruh dunia.
Perjanjian pelesenan telah ditandatangani antara Datuk Leong Sir Ley, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Tai International dan Alona Fischbein, Pengarah FashionTV. Di bawah perjanjian itu, Sheng Tai International akan mempunyai hak untuk menjalankan operasi F Pop-up Café di Malaysia secara eksklusif. Majlis menandatangani perjanjian itu dibuat secara maya berikutan krisis kesihatan yang dihadapi di seluruh dunia buat masa ini.
Menurut SL Leong, walaupun sedang berhadapan dengan pandemik di seluruh dunia, pihaknya amat teruja dapat meneruskan perancangan membuka kafe ini dengan jenama yang amat terkenal seperti FashionTV.
"Sementara kami menerokai peluang baru ini, kami yakin dapat bersama-sama dan mencipta sesuatu yang hebat untuk masa depan. Majlis menandatangani perjanjian itu juga secara tidak langsung membuktikan keupayaan dan komitmen kami untuk membina masa depan yang gemilang untuk Melaka dan Malaysia, secara keseluruhan.
“Dalam usaha kita ke arah mencapai pemulihan ekonomi disebabkan penyebaran COVID-19, Sheng Tai International dan FashionTV bertekad untuk memperkukuhkan kerjasama dan kehadiran kami dalam industri. Untuk itu, kami bercadang untuk membuka 10 lagi F Pop-up Café dalam tempoh tiga tahun yang akan datang,” ujar beliau dalam kenyataan di sini.
Diinspirasikan oleh pelayaran Laksamana Zheng He ke Barat, The Sail Melaka bakal muncul sebagai pusat perniagaan di Melaka dan juga menjadi bangunan ikonik di peringkat global. Dengan memanfaatkan legasi kerajaan Melaka dan sejarah Selat Melaka, The Sail Melaka direka bentuk menyerupai sebuah kapal yang gah.
Menawarkan kemudahan unik seolah-olah berbentuk cincin di langit setinggi 250 meter yang menghubungkan sembilan menara, pusat konvensyen dan pameras seluas 4,090 meter persegi serta panggung 360 darjah berbentuk bujur, The Sail Melaka pastinya menjadi permata berharga di Bandaraya Bersejarah melaka. The Sail Melaka turut menampilkan restoran antarabangsa di atas bumbung, taman di atas langit dan salah satu kolam renang atas bumbung yang terpanjang di rantau ini.
Pengarah FashionTV Alona Fischbein berkata, pihaknya yakin dengan warisan dan potensi masa depan Sheng Tai International, iaitu satu jenama yang mempunyai keunikan dan model perniagaan mengujakan dan atas sebab itu kami membuat keputusan membuka pop-up café pertama di The Sail Melaka.
"Melalui visi yang hebat dan rancangan pelaksanaan kelas pertama, kerjasama ini akan meningkatkan kegemilangan dunia fesyen di Malaysia dan juga pelancong yang mencintai dunia fesyen,'' kata beliau.
F Pop-up Café akan ditempatkan di Fasa 1, Galeri Jualan The Sail Melaka dan dijangka siap pada suku ketiga 2021 yang mana pop-up café ini akan menjadi antara tarikan utama bagi pembangunan ikonik ini.
Usahawan dan peminat fesyen yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan Sheng Tai International bagi mengembangkan F Pop-up Café di Malaysia, boleh menghubungi +6011 3737 3399.
Sheng Tai International Sdn. Bhd., sebelum ini dikenali sebagai Sheng Tai Realty Sdn. Bhd., merupakan syarikat pembangunan hartanah yang pelbagai, harta tanah, pengurusan pelaburan dan hospitaliti dengan kepakaran pengkhususan dalam pelancongan hartanah. Syarikat itu diasaskan Datuk Leong Sir Ley, seorang daripada ahli perniagaan wanita di Malaysia yang telah menubuhkan rangkaian platform pelaburan hartanah antarabangsa. Syarikat menawarkan pelbagai kategori produk pelaburan yang bermutu dengan perkhidmatan profesional dan mesra. Syarikat itu mengalu-alukan kerjasama yang produktif dan usaha sama korporat dengan fokus utama untuk menyediakan tetamu asing dan tempatan dengan penyelesaian komprehensif dan pengalaman khusus.
Ditubuhkan pada 2012 ketika ketidaktentuan ekonomi global, kejayaan berterusan Sheng Tai International adalah berkat kemampuannya melawan arus dan melihat peluang dalam setiap cabaran. Komitmen syarikat terhadap pertumbuhan, kecemerlangan dan kualiti adalah pendekatan Sheng Tai International yang menjayakan syarikat sejak kemunculan di arena korporat negara ini.
Di Malaysia, Sheng Tai International Sdn. Bhd. dikenali dalam industri menerusi subsidiari seperti Plentifield Marketing Sdn. Bhd., dan Sheng Tai Impression Sdn. Bhd. Di peringkat antarabangsa pula, kehadiran syarikat pada masa ini adalah melalui cabang luar negara dikenali Sheng Tai International (HK) Limited, yang beroperasi sejak 2012 dan berperanan sebagai pintu masuk penting ke pasaran Hong Kong dan China. Syarikat juga baru-baru ini membuka cawangan utama di Shanghai, China pada September 2019, Tokyo pada Mei 2020 dan Beijing pada October 2020.
Hari ini, Sheng Tai International merupakan pemaju yang memenangi anugerah dan berupaya merentasi pelbagai negara di Asia dengan menawarkan pelbagai produk hartanah bersama perkhidmatan yang menyeluruh dan jenama yang memenuhi kehendak pasaran mewah.
Sheng Tai International kini mempunyai lebih daripada 500 kakitangan yang sangat berupaya dan bersemangat bagi memastikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami. Kumpulan kami dipacu oleh nilai korporat yang utuh dengan menekankan integriti, profesionalisme dan amanah. - DagangNews.com