Fox Traffic perkenal penampal lopak Xinlu untuk memudahkan proses penurapan jalan | DagangNews Skip to main content

Fox Traffic perkenal penampal lopak Xinlu untuk memudahkan proses penurapan jalan

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 14 Mac - Fox Traffic Sdn. Bhd, telah memperkenalkan penampal lopak XinLu sebagai teknologi baharu untuk membaik pulih jalan berlubang dan memperkukuh struktur jalan raya.

 

Syarikat berpengalaman selama 14 tahun dalam industri aliran trafik itu berkata, produk itu mudah ditampal pada lopak jalan, lebih menjimatkan kos dan terbukti tahan lama berbanding kaedah pembaikan dan penyelenggaraan jalan tradisional.

 

“Lubang jalan raya merupakan salah satu penyumbang kemalangan dahsyat yang mengakibatkan kecederaan parah dan mengundang maut bagi kedua-dua penunggang motosikal dan pemandu kenderaan di samping menelan kos besar sehingga berjuta-juta ringgit bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan jalan,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

11 bulan selepas penurapan jalan dilakukan menggunakan penampal lopak Xinlu
11 bulan selepas penurapan jalan dilakukan menggunakan penampal lopak Xinlu

 

 

Produk dari China itu telah memperoleh paten antarabangsa dari Amerika Syarikat dan menurut Fox Traffic, pelbagai ujian rintis dan ujian UMLAB telah dijalankan di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2019, di mana sebahagian besar menunjukkan hasil positif sekaligus membuktikan kualiti dan ketahanan produk.

 

SIRIM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga memberikan kelulusan untuk produk ini digunakan bagi kerja penyelenggaraan sementara jalan berlubang di Malaysia, katanya.

 

“Dengan kaedah pemasangan yang betul, penampal tersebut mampu bertahan dua hingga tiga tahun di samping mengekalkan bacaan rintangan gelinciran yang melangkaui keperluan rintangan gelinciran yang ditetapkan oleh JKR,” katanya.

 

Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Lebuhraya Senai-Desaru, Ts. Syed Ahmad berkata Lebuhraya Senari−Desaru (E22) telah menggunakan penampal lopak Xinlu yang menjadikan kerja penampalan lubang jalan raya lebih mudah.

 

 

xinlu

 

 

“Gabungan penampal XinLu dan bahan campuran sejuk menjadikan tampalan lubang sementara bertahan lebih lama, terutamanya pada musim hujan.

 

Di samping itu, ia mengurangkan kos dan menambah baik kebolehkerjaan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” ujar beliau.

 

Selain mesra pengguna dan mesra alam, produk ini juga kos efektif kerana sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk membaik pulih jalan dengan penggunaan alatan asas dan proses ini mudah dipelajari. -DagangNews.com

 

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi wakil Fox Traffic seperti yang berikut:

  1. Encik Howie Gan : 012 - 350 8340
  2. Encik Chin           : 012 - 213 7523
  3. Encik Weng         : 012 - 505 9500
  4. Encik Kenny        : 011 - 2040 7080 (Sarawak – Sibu)
  5. Cik Lai   :             : 012 - 880 9419 (Sarawak – Kuching)
  6. Encik Kennedy    : 014 - 6999 345 (Sabah)