HLB fokus perbankan digital, peruntuk modal hingga RM200j | DagangNews Skip to main content

HLB fokus perbankan digital, peruntuk modal hingga RM200j

KUALA LUMPUR 6 Julai - Hong Leong Bank Bhd. (HLB) mula memberi tumpuan dan fokus kepada peningkatan keupayaan perbankan digital di dalam dan luar negara dengan peruntukan perbelanjaan modal hingga RM200 juta bagi tahun kewangan 2021.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Domenic Fuda, usaha tersebut melibatkan antara 60% hingga 65% iaitu sebanyak RM150 hingga RM200 juta perbelanjaan modal.

"Fokus digital ini turut melibatkan operasi HLB di luar negara iaitu Singapura dan Kemboja. Beberapa tahun lalu, HLB menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk menyokong inisiatif digital kami.

"Kini HLB akan beri tumpuan untuk guna teknolgi sendiri untuk meningkatkan keupayaan perbankan digital," katanya selepas majlis pelancaran Hari Digital HLB hari ini.

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), HLB mencatatkan peningkatan pelanggan yang memuat turun platform perbankan digitalnya pada Mei 2020 berbanding Mei 2019 seiring dengan perubahan norma baharu masyarakat.

Hong Leong Bank Bhd. (HLB)
Hong Leong Bank Bhd. (HLB)

 

"Hampir 80% pelanggan kami menggunakan aplikasi HLB Connect untuk berurusan. Jumlah tambah nilai e-dompet HLB juga melonjak 13 kali ganda dan tempoh Mac hingga Mei berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Jelasnya lagi, bersempena Hari Digital HLB esok, pelanggan ditawarkan dengan tujuh tawaran menarik seperti berikut;

- Pemegang kad kredit HLB akan menikmati pulangan tunai hingga RM700
- Potongan 50% perbelanjaan runcit kepada pelanggan baharu
- Sifar kadar faedah selama setahun menerusi Flexi-Payment (FPP)
- 3.2% faedah untuk pinjaman peribadi pada 7 Julai
- 2.8% kadar deposit tetap elektronik untuk setahun (e-Fixed Deposit)
- 2.95% kadar pelaburan-i untuk tiga bulan
- Percuma langganan Penyelesaian Perniagaan Digital PKS HLB untuk dua bulan 
- Diskaun 60% untuk langganan produk kakitangan. - DagangNews.com