KUALA LUMPUR 17 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap prospek Berjaya Food Holdings terutama selepas Starbucks terus berkembang melalui pembukaan cawangan baharu selain jualan yang lebih tinggi daripada promosi serta penghasilan produk inovatif.
Firma itu teruja dengan peluang perkembangan Berjaya Food dan kumpulan itu dilihat berada di kedudukan terbaik untuk mengekalkan momentum.
"Kami meningkatkan unjuran pendapatan FY22/23 sebanyak 25%/25% selepas mengambil kira jumlah jualan yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih baik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, momentum jualan kukuh yang melepasi paras sebelum pandemik COVID-19 didorong transaksi lebih tinggi dan disokong oleh usaha kumpulan itu dalam mengembangkan cawangannya.
Katanya, 4QFY22 merekodkan pelancaran kedai tertinggi dengan 11 cawangan baharu dengan 45% daripadanya merupakan kedai pandu lalu
Katanya, kumpulan itu telah mengambil usaha dalam meningkatkan pemasaran dan promosi untuk minuman dan barangan bermusim yang memperoleh margin yang lebih tinggi.
Katanya, kumpulan itu telah berusaha dalam meningkatkan pemasaran dan promosi untuk minuman dan barangan bermusim yang memperoleh margin yang lebih tinggi.
"Kami memuji peningkatan berterusan Kenny Rogers Roasters (KRR) dan berpendapat bahawa sebahagiannya disumbangkan oleh pilihan serta kepelbagaian yang lebih luas di kedai KRR.
"Selain hidangan ayam istimewa, KRR kini menyajikan pilihan isi ikan dan bebola daging untuk pilihan pengguna," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM5.48 berbanding RM4.83. - DagangNews.com