KUALA LUMPUR 19 Okt - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap sektor perbankan menjangkakan kombinasi perkembangan keuntungan dan nilai akan menjadi pemacu utama.
Firma itu berkata, sektor itu bagaimanapun berdepan potensi halangan termasuk melemahkan kualiti aset selain kelembapan dalam pertumbuhan kredit yang tidak terlalu membimbangkan.
Katanya, sektor itu menjadi perhatian selepas didagangkan secara murah dan memberi peluang kepada pelabur.
Walaupun bank berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu sepanjang tahun hadapan, firma itu tidak bimbang dengan peningkatan nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL).
"Pada pandangan kami, sektor itu dilihat lebih bersedia berbanding sebelum ini dan ia adalah sebagai persiapan untuk bertindak sebagai penampan kepada sebarang kelemahan kualiti aset jangka pendek," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, andaian NCC FY22-23 (28-32bp) yang digariskan dan konsensus adalah agak tinggi (melebihi kadar yang dinormalisasi (18bp) tetapi di bawah paras FY20-21 (58-67bp)); termasuk peruntukan awal (1HFY22: 49bp), ia menjadi setanding dengan paras tertinggi krisis kewangan global (GFC) (74bp).
Selain itu, firma itu selesa dengan perlindungan kerugian pinjaman yang tinggi (LLC, 97%) dan nilai cagaran yang tinggi terhadap pinjaman kasar (77%).
"Bagi bank bersaiz besar kami menyukai Maybank (TP:RM9.70) manakala untuk bank bersaiz sederhada kami memilih RHB (TP:RM6.60).
"Untuk bank bersaiz kecil kami memilih ketiga-tiga bank di bawah liputan kami iaitu BIMB (TP:RM3.00), Affin Bank (TP:RM2.35) dan Alliance Bank (TP:RM4.05)," katanya. - DagangNews.com