KUALA LUMPUR 29 Jun - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research meningkatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2022 kepada 5.9% berbanding 5.5% atas faktor pemulihan ekonomi yang kukuh.
Firma itu berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran, pemulihan Malaysia berad apada landasan terbaik untuk 1H22.
"Dengan peralihat ke fasa endemik dan skim pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyokong pemulihan, kami menyemak naik perkembangan KDNK kami kepada 5.9% tetapi menjangkakan pemulihan yang perlahan pada 2H22 terutama pada suku keempat," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu turut menaikkan unjuran Indeks Harga Pengguna (IHP) kepada 3.2% berbanding 2.7% selepas melihat kepada isu inflasi makanan.
Mengulas mengenai Kadar Pinjaman Semalaman (OPR), HLIB menjangkakan kenaikan 25bps untuk 2H22 dengan kadar peanda aras berada pada 2.50% pada hujung tahun.
"Gangguan rantaian bekalan sudah melepasi waktu puncaknya dan Malaysia tidak terkait dengan konflik geopolitik yang berlaku dan pasarannya mempunyai ruang untuk menampung kadar lebih tinggi," katanya.
Firma itu berkata, sasaran FBM KLCI untuk akhir tahun berada pada 1,610 mata, berdasarkan 15.6 kali ganda harga kepada pendapatan bagaimanapun sebelum ini KLCI telah jatuh 2.05 mata atau 0.14% kepada 1,452.69.
"Walaupun ketidakpastian pasaran akan terus berlaku dalam masa terdekat, kami merasakan pegangan saham asing yang paling rendah (20.1% hingga 20.4% sepanjang tahun lalu, di bawah paras terendah krisis kewangan global sebanyak 20.7%).
"Pilihan utama kami untuk kenaikan faedah adalah RHB Bank Berhad dan Affin Bank Berhad manakal sektor komoditi adalah Press Metal Aluminium Holdings Berhad, Kuala Lumpur Kepong Berhad and Dagang NeXchange Berhad.
"Selain itu (Sunway Berhad, Evergreen Fibreboard Berhad dan Focus Point Holdings Berhad juga menjadi pilihan selain Tenaga Nasional Berhad, Dialog Group Berhad, Bumi Armada Berhad and Kobay Technology Berhad," katanya. - DagangNews.com