HLIB unjur pendapatan Genting Malaysia lebih baik pada FY23 disokong pemulihan aktiviti pelancongan | DagangNews Skip to main content

HLIB unjur pendapatan Genting Malaysia lebih baik pada FY23 disokong pemulihan aktiviti pelancongan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Dis - Genting Malaysia Berhad diunjur raih pendapatan lebih baik pada FY23 disokong oleh pembukaan semula sempadan dan pemulihan dalam aktiviti pelancongan.

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, kumpulan itu telah melaporkan keputusan 3QFY22 yang lebih lemah daripada jangkaan.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu melihat prospek FY23 yang jauh lebih baik berikutan pembukaan semula bilik hotel di Resort World Genting (RWG), peningkatan kapasiti perjalanan SkyWorld dan waktu operasi yang dilanjutkan pada Tahun Baru Cina (CNY).

 

"Pertumbuhan itu juga akan disokong dengan pembukaan Resorts World Hudson Valley (RWHV) pada Disember 2022 dan Super Bowl pada Februari 2023," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, pada 2019, harga saham kumpulan itu menyusut sebanyak 11.9% sehari selepas pengambilahan Empire yang mencatatkan kerugian.

 

Bagaimanapun, pengambilalihan itu dilihat memberi nilai positif kepada kumpulan itu.

 

Firma itu berkata, pembukaan RWHV dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Empire pada suku akan datang.

 

"Oleh itu, dengan prospek yang cerah, kami melihat suntikan itu secara positif kerana ia membolehkan syarikat mengambil bahagian dalam prospek pertumbuhan Empire," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM3.44 sesaham.

 

Firma itu juga yakin bahawa kumpulan itu antara penerima manfaat utama daripada pembukaan semulan sempadan dan pemulihan aktiviti ekonomi.

 

“Di bawah pentadbiran baharu, segmen pelancongan mungkin mendapat manfaat kerana kerajaan memanfaatkan sektor itu sebagai usaha untuk menyokong mata wang dan ekonomi domestik," katanya. - DagangNews.com