HLIB unjur untung bersih Press Metal antara RM305-RM355 juta pada 4QFY22 | DagangNews Skip to main content

HLIB unjur untung bersih Press Metal antara RM305-RM355 juta pada 4QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Jan - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan Press Metal Aluminium Holdings Berhad meraih keuntungan bersih antara RM305 juta hingga RM355 juta pada 4QFY22.

 

Firma itu berkata, keuntungan mendatar adalah hasil daripada unjuran harga aluminium London Metal Exchange (LME) pada purata AS$2,352 (RM10,286) satu tan berbanding AS$2,357 (RM10,308) bagi setiap tan. 

 

Katanya, jangkaan pendapatan teras bagi 4QFY22 mencerminkan bahawa keuntungan terkumpul FY22 akan berada pada julat daripada RM1.45 bilion hingga RM1.5 bilion menandakan pertumbuhan 41-46% daripada RM1.03 bilion SPLY.

 

Katanya, ia akan membentuk kira-kira 94-97% daripada ramalan tahun penuh FY22 dan 95-98% daripada anggaran konsensus setahun penuh.

 

"Sekiranya ujuran itu berjaya dicapai, kami akan menganggap ia mencapai unjuran kami dengan harga aluminium LME berpurata pada AS$2,352 (RM10,286) dan harga anod karbon masih tinggi.

 

"Prospek aluminium kekal mencabar dalam tempoh terdekat berikutan masalah kemelesetan dan kemerosotan umum dalam pasaran hartanah global (disebabkan persekitaran kadar faedah yang tinggi)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu positif dengan prospek aluminium bagi jangka sederhana kerana ia merupakan logam pilihan kepada pembinaa kenderaan elektrik dan sektor solar fotovotaik (PV).

 

Katanya, risikan Bloomberg juga menjangkakan permintaan aluminium di China akan meningkat 2% pada 2023, bertambah baik secara sederhana berbanding pertumbuhan 1% pada 2022.

 

"Kami melihat kumpulan ini merupakan penerima manfaat tidak langsung bagi pergerakan nyahkabon global dan meningkatkan dasar ESG di seluruh dunia," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM4.54 sesaham. - DagangNews.com