Impiana Hotels berjaya mengelak daripada mencetuskan kriteria PN17 | DagangNews Skip to main content

Impiana Hotels berjaya mengelak daripada mencetuskan kriteria PN17

KUALA LUMPUR 16 Mei - Impiana Hotels Bhd berkata syarikat itu tidak mencetuskan mana-mana kriteria di bawah PN17 keperluan penyenaraian Pasaran Utama seperti yang diumumkan pada 28 April 2023.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Impiana berkata ia telah menilai semula keadaannya berdasarkan penyata kewangan terauditnya bagi tempoh kewangan dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2022.

 

"Syarikat mendapati ekuiti pemegang saham berjumlah RM65.69 juta setakat akhir Disember 2022 adalah lebih daripada 50% daripada modal sahamnya sebanyak RM125.96 juta.

 

Selaras dengan langkah pelepasan sementara tambahan Bursa kepada penerbit tersenarai, penerbit tersenarai yang mencetuskan kriteria penggantungan PN17 akan mempunyai tempoh 18 bulan dari tarikh pengumuman pelepasan PN17 untuk menilai semula keadaannya. - DagangNews.com