Juliana Mohd Yahaya dilantik sebagai Pengarah Urusan JTI Malaysia baharu | DagangNews Skip to main content

Juliana Mohd Yahaya dilantik sebagai Pengarah Urusan JTI Malaysia baharu

Juliana Mohd Yahaya
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Okt - Japan Tobacco International (JTI) Malaysia melantik Juliana Mohd Yahaya sebagai pengarah urusan baharunya berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

 

JTI memaklumkan, pelantikan Juliana adalah bagi menggantikan Khoo Bee Leng, yang bersara selepas 30 tahun berkhidmat dengan JTI.

 

Katanya, beliau membawa banyak pengalaman kepada peranan itu, setelah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan di pusat global JTI serta dalam pasaran.

 

"Juliana menyertai JTI Malaysia pada tahun 2000 dan mengadakan pelbagai peranan untuk meningkatkan tanggungjawab dalam fungsi pemasaran dan jualan," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Menurut kenyataan itu, Juliana pernah bertugas di ibu pejabat JTI di Geneva serta peranan kepimpinan di seluruh Asia dan Eropah.

 

Juliana menerajui pasaran Belgium dan Luxembourg sejak 2020, sebelum pelantikan beliau sebagai pengarah urusan di Malaysia. 

 

"JTI Malaysia juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Khoo Bee Leng atas khidmat dan kepimpinannya yang berdedikasi, dan kami mengucapkan selamat maju jaya selamat bersara," katanya. - DagangNews.com