Kang Kok Wei dilantik sebagai Pengarah Eksekutif AME Elite ganti bapanya, Kang Ah Chee | DagangNews Skip to main content

Kang Kok Wei dilantik sebagai Pengarah Eksekutif AME Elite ganti bapanya, Kang Ah Chee

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kang Kok Wei dilantik sebagai pengarah eksekutif AME Elite Consortium Bhd berkuat kuasa 1 Jun, menggantikan bapanya Kang Ah Chee.

 

Ini adalah antara beberapa perubahan yang dilaporkan kepada Bursa Malaysia selaras dengan pelan peralihan pucuk pimpinan syarikat itu.


 

ame
   Kang Ah Chee memulakan proses peralihan kepada Kang Kok Wei

 


Kok Wei, 41, tidak lagi menjadi pengarah ganti kepada Ah Chee, manakala Ah Chee, 67, telah dinamakan sebagai pengarah ganti kepada Kok Wei.

 

AME Elite juga telah melantik Lim Khai Wen, 42, sebagai pengarah eksekutif baharu, menggantikan bapanya Lim Yook Kim yang berusia 69 tahun.

 

 

Lim Pei Shi
                            Lim Pei Shi

 

 

Lim Pei Shi, 35, telah meletak jawatan sebagai pengarah ganti kepada bapanya Yook Kim, dan telah dinamakan sebagai pengarah ganti kepada abangnya Khai Wen.

 

Pei Shi dan Khai Wen juga merupakan anak saudara kepada pengarah urusan kumpulan AME Elite Lee Chai dan pengarah eksekutif Lee Sai Boon. - DagangNews.com