KUALA LUMPUR 11 Ogos - MIDF Research positif terhadap cadangan Swift Haulage Berhad untuk mengambil alih Watt Wah Petroleum Haulage Pte Ltd sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya di rantau ini selepas hanya memiliki operasi di Malaysia dan Thailand.
Firma itu berkata, pengambilalihan itu melibatkan pengangkutan produk petroleum, berjumlah S$1.6 juta (RM5.18 juta).
Menerusi cadangan itu juga, kumpulan itu juga akan mengambil alih pinjaman pemegang saham Watt Wah yang berjumlah S$8.5 juta (RM27.55 juta) sehingga 30 Jun 2022.
"Kumpulan itu juga telah menjadi sebahagian daripada beberapa penggabungan dan pengambilalihan yang berjaya termasuk MISC Intergrated Logistic dan Tanjong Express.
"Pertumbuhan bukan organik itu memberi manfaat kepada mereka terutama dalam meningkatkan penguasaan pasaran selain megekalkan pemandu trak ketika industri menghadapi kekurangan pemandu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, kumpulan itu telah memeterai perjanjian dengan pemegang saham tunggal Watt Wah, DLT Enterprise Pte Ltd untuk pengambilalihan.
Bagaimanapun, pembelian muktamad yang akan ditandatangani antara Swift Haulage dan DLT.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham kumpulan itu dengan harga sasaran (TP tidak berubah RM1.18 sesaham.
"Kami terus menyukai kumpulan ini kerana mereka merupakan pemain yang paling dominan di dalam industri selain daya tahan pendapatan disebabkan pergantungannya pada jumlah dagangan," katanya. - DagangNews.com