Kekayaan ekonomi Malaysia 2019 naik 3.6% | DagangNews Skip to main content

Kekayaan ekonomi Malaysia 2019 naik 3.6%

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Stok Modal Bersih meningkat sebanyak 3.6% dengan nilai RM3.2 trilion pada tahun 2019, berbanding RM3.1 trilion pada 2018. 

Stok Modal Bersih ini memberi gambaran kepada kekayaan ekonomi Malaysia dalam bentuk aset tetap. 

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, nilai aset tetap dalam sektor perkhidmatan adalah yang terbesar berbanding aktiviti ekonomi lain dengan nilai RM2.1 trilion.

Mohd. Uzir Mahidin
Mohd. Uzir Mahidin

 

Ini sekali gus memberi sumbangan sehingga 67.3% kepada Stok Modal Bersih.

“Sektor perlombongan dan pengkuarian menyumbang 17.6%, manakala sektor pembuatan adalah 11.9%.

“Tiga sektor ini menyumbang kepada 96.8% nilai aset tetap,” katanya dalam siaran Perangkaan Stok Modal 2019.

 

dosm

 

Dari segi jenis aset, struktur merupakan penyumbang utama merangkumi 79.2%.

Ini disokong oleh perbelanjaan struktur lain dan bukan kediaman. 

Aset-aset ini merekodkan 64.7% daripada keseluruhan struktur. 

Jentera dan peralatan merupakan penyumbang kedua terbesar dengan 12.3% dan Aset lain mencatatkan 8.5%. - DagangNews.com