Kenanga Research kekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor teknologi | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research kekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor teknologi

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kenanga Research berkeyakinan bahawa pemain semikonduktor tempatan akan terus berkembang maju memandangkan Malaysia kekal stabil dalam persaingan teknologi yang wujud antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

 

Firma itu berkata, kelulusan Akta CHIPS USD52b dan lawatan Speaker Dewan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan mungkin akan mewujudkan satu lagi gelombang perdagangan dan pemain semikonduktor mengambil peluang terhadap pendirian tidak berat sebelah Malaysia.

 

"Dengan kenaikan harga saham teknologi disebalik data inflasi yang menggalakkan di AS, kami mengambil peluang untuk menilai semula syarikat di bawah liputan kami.

 

"Kesan daripada itu kami mengekalkan penarafan 'overweight' untuk sektor teknologi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, sepanjang minggu lepas, kami menyaksikan  beberapa syarikat semikonduktor utama AS seperti Micron Technology, Intel Corp, Nvidia Corp dan Advanced Micro Devices Inc melaporkan pendapatan suku tahunan yang kurang memberangsangkan yang terlepas panduan dalaman dan anggaran konsensus.

 

Syarikat-syarikat itu mengaitkan jurang jangkaan dengan pelbagai sebab seperti penurunan pesat dalam aktiviti ekonomi, memanjangkan kitaran penggantian komputer, mengurangkan aktiviti permainan apabila pemain kembali ke tempat kerja mereka, penurunan dalam aktiviti perlombongan kripto, serta isu pelaksanaan dalaman.

 

Firma itu juga mengambil peluang untuk menilai semula syarikat di bawah liputan mereka termasuk menyemak turun penarafan 'market perform' berbanding 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM34.50 untuk MPI.

 

Pada masa sama, firma itu juga mengekalkan penarafan 'outperform' terhadap KGB dengan TP RM1.60 berbanding RM1.90 dan menyemak turun penarafan 'market perform' untuk Unisem dengan TP RM3.35.

 

"Firma itu juga menyukai P.I.E. Industrial Berhad kerana menyediakan pemangkin daripada produk pembersihan isi rumah yang sangat kompetitif dalam segmen EMS.

 

"Kumpulan itu, juga berjaya mendapatkan pelanggan utama China yang akan menjadi pemacu pendapatan utama untuk FY22," katanya. - DagangNews.com