Kenanga Research optimis sektor perbankan terus berdaya tahan disebalik persekitaran faedah mencabar | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research optimis sektor perbankan terus berdaya tahan disebalik persekitaran faedah mencabar

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Sept - Kenanga Research optimis sektor perbankan akan terus mempamerkan daya tahan tinggi dalam persekitaran faedah yang semakin mencabar.

 

Firma itu berpendapat, bahawa keupayaan pelanggan untuk membiayai pinjaman mereka tidak akan menjadi kebimbangan utama kerana pemulihan ekonomi sepatutnya meningkatkan tahap pendapatan manakala kadar semasa masih lebih rendah daripada sebelum COVID-19.

 

"Pelupusan cukai makmur dan jangkaan kualiti aset yang lebih stabil pada CY23, bank seharusnya menunjukkan keuntungan yang lebih positif selain memberikan pulangan dividen yang lebih baik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, bagi menggambarkan 2HCY22, kebanyakan syarikat yakin akan memenuhi panduan masing-masing dalam tempoh akan datang.

 

Katanya, ada yang telah meningkatkan sasaran mereka (terutamanya kos kredit untuk mengurangkan amalan yang lebih ketat sebelum ini) memandangkan keterlihatan yang lebih baik pada prestasi suku berikutnya.

 

"Kami percaya jangkaan kos kredit yang lebih rendah akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan pendapatan mereka," katanya.

 

Firma itu berkata, bank-bank masih percaya bahawa risiko ekonomi masih berlaku, mungkin timbul daripada gangguan rantaian bekalan, harga komoditi yang tidak menentu dan makro global yang terkesan akibat konflik yang berlaku.

 

"Keadaan itu mungkin menghalang peningkatan jangkaan pertumbuhan pinjaman, walaupun beberapa bank sudah mendahului jangkaan setahun penuh mereka.

 

"Kenaikan OPR selanjutnya akan memberi manfaat kepada bank kerana kadar yang lebih tinggi membolehkan penetapan harga semula ke atas pembiayaan terhadap persaingan yang lebih besar untuk deposit murah," katanya.

 

Firma itu mengekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor perbankan dengan Maybank (OP; TP: RM11.05) dan Affin (OP; TP: RM2.45) selepas memberikan pulangan dividen yang lebih baik selain memberikan prospek perkembangan yang positif. - DagangNews.com