Kenanga Research unjur kadar pengangguran kekal pada paras 3.5% bagi 2023 dan terus menyusut kepada 3.3% pada 2024 | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research unjur kadar pengangguran kekal pada paras 3.5% bagi 2023 dan terus menyusut kepada 3.3% pada 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Sept - Kenanga Research mengunjurkan kadar pengangguran kekal pada paras 3.5% bagi tahun ini dan terus menyusut kepada 3.3% pada 2024.

 

Firma itu berkata, walaupun kelembapan ekonomi global yang dibawa oleh pemulihan rapuh China namun persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi dan prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun ini dan   pasaran buruh terus bertambah baik dari bulan ke bulan.

 

Katanya, ia dibuktikan dengan pertumbuhan pekerjaan dari bulan ke buan yang mampan yang boleh dikaitkan dengan pelbagai langkah oleh kerajaan persekutuan, termasuk Insentif Kerjaya Madani, serta peningkatan dalam aktiviti pelancongan dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi.

 

"Statistik MyFutureJobs merekodkan 119,161 kekosongan kerja aktif pada Ogos (Jul: 33,967), mencerminkan aktiviti pengambilan bulanan yang kukuh.

 

"Sementara itu, pengangguran belia jatuh kepada 10.9% (Jun: 11.0%), paras terendah sejak Februari 2020," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Jumlah penganggur di Malaysia berkurang kepada 579,200 ribu orang pada Julai 2023

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2023 antara 3.5% hinnga 4% (2022: 8.7%), dengan pertumbuhan disumbangkan terutamanya oleh permintaan domestik dan pengembangan dalam sektor perkhidmatan.

 

Terdahulu,pasaran tenaga kerja mencatatkan perkembangan sederhana, merekodkan peningkatan bilangan penduduk yang bekerja manakala bilangan penganggur menurun.

 

Bilangan tenaga kerja pada Julai 2023 naik sebanyak 0.1% kepada 16.91 juta orang daripada RM16.89 juta pada Jun 2023, mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan tersebut iaitu pada 70.1%. - DagangNews.com