Kerajaan salur RM2 bilion bantu PKS - Tengku Zafrul | DagangNews Skip to main content

Kerajaan salur RM2 bilion bantu PKS - Tengku Zafrul

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM2 bilion di bawah program Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Penjana untuk memberi keutamaan kepada syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini. 

 

Setakat 1 Januari 2021, sebanyak 5,976 permohonan telah diluluskan dengan jumlah nilai pinjaman sebanyak RM1.149 bilion, jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

 

Angka permohonan itu meningkat daripada 5,764 dengan jumlah nilai pinjaman sebanyak RM1.122 bilion pada minggu sebelumnya. 

 

“Kedua, pembiayaan sektor pelancongan Penjana dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 bilion khusus bagi PKS dan PKS mikro di dalam sektor ini yang masih terkesan dengan COVID-19.

 

pelancongan

 

“Setakat 1 Januari, terdapat 566 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 272 permohonan telah diuluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM54.8 juta (berbanding 261 permohonan dengan nilai RM52.8 juta pada minggu sebelumnya,” kata Tengku Zafrul. 

 

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul Abdul Aziz

 

Beliau menyampaikan Laporan Laksana Ke-36 secara langsung menerusi Facebook rasmi miliknya, sebentar tadi. 

 

Sementara itu, sebanyak RM99.9 juta telah disalurkan di bawah Skim Pemulihan Perniagaan Tekun dan memanfaatkan 14,946 PKS Mikro setakat 1 Januari 2021, kata Tengku Zafrul.

 

tekun

 

Di bawah Pembiayaan Mikro Kredit Penjana menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pula, sebanyak RM307.2 juta telah disalurkan bagi memanfaatkan 8,936 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan setakat 1 Januari 2021. 

 

BSN

 

“Kelima, Bumiputera Relief Financing (BRF) yang telah diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB). 

 

“Bantuan dana khas RM200 juta ini disalurkan kepada PKS bumiputera yang terkesan oleh COVID-19, dengan pembiayaan antara RM100,000 dan RM1 juta bagi PKS terlibat. 

 

BRF

 

“Setakat 1 Januari, dana ini telah disalurkan kepada 356 PKS melibatkan jumlah RM94.2 juta (berbanding 322 PKS dengan jumlah RM82.8 juta pada minggu sebelumnya),” tambah Tengku Zafrul. - DagangNews.com