PUTRAJAYA 12 Jun - Kementerian Kewangan ingin mengulangi bahawa Kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah, kata menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, salah satu langkah dasar yang dimanfaatkan oleh sejumlah besar rakyat Malaysia adalah subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.
Setakat ini, Kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit berikut:
Berikutan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan LPG serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak. Sejumlah RM3.78 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2021 tetapi berdasarkan harga pasaran global semasa, Kerajaan dijangka bakal menampung subsidi sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi dari yang diperuntukkan:
Menurut Menteri Kewangan lagi, kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil.
Selain itu, ingin ditekankan juga bahawa pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambahbaik melalui PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA+, akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021. Sebahagian dari inisiatifinisiatif yang dilanjutkan atau ditambahbaik melalui PEMERKASA+ yang masih berterusan adalah seperti berikut: