PUTRAJAYA 26 Julai - Seramai tujuh ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai 2021 hingga 14 Julai 2024.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
"Surat cara pelantikan bagi ahli JKMR tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini," kata SPRM dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua yang dilantik adalah terdiri daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang
mewakili parti kerajaan dan parti pembangkang.
Ahli-ahli JKMR terdiri daripada:
Menurut SPRM lagi, ahli JKMR berperanan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.
Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
(LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan
mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan LPPR.
"Semoga dengan pelantikan ahli JKMR dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap
kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti suruhanjaya ini dalam penunaian
fungsi-fungsinya," kata SPRM. - DagangNews.com