Kimberly-Clark terima Anugerah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia buat kali kelima | DagangNews Skip to main content

Kimberly-Clark terima Anugerah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia buat kali kelima

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Dis - Kimberly-Clark menerima Anugerah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2021 (edisi Malaysia) buat kali kelima daripada HR Asia. 

 

Pengiktirafan itu diputuskan melalui soal selidik yang dijalankan HR Asia dan dikendalikan oleh kira-kira 250 syarikat dari seluruh negara untuk menilai sesebuah organisasi mengenai semangat, keperluan dan jangkaan pekerja, budaya korporat serta usaha penglibatan pekerja. 

 

Kimberly-Clark Malaysia berjaya untuk mendapat markah melebihi purata industri dalam semua bidang yang digariskan.

 

Keputusan tinjauan itu mendapati Kimberly-Clark Malaysia mempunyai dasar komunikasi jelas diantara pekerja tanpa mengira status jawatan, mengambil tindakan terhadap maklum balas pekerja, budaya kerja berpasukan yang baik dan pengaturan kerja yang fleksibel.

 

"Kami berbesar hati dengan anugerah ini dan kehadiran pandemik COVID-19 membawa banyak cabaran dalam perniagaan.

 

"Pandemik ini membuatkan kami membina semula pendekatan terhadap sumber manusia dan kami faham tetantang kepentingan berkomunikasi secara jelas selain bersikap terbuka dalam memberikan maklumat terikni dan menerima maklum balas daripada pekerja," kata Pengarah Sumber Manusia, Kimberly-Clark Malaysia, Ng Li Lin.

 

kim

 

Kimberly-Clark melihat aspek komunikasi sebagai faktor penting di tempat kerja dan strategi yang digunakan berkesan dalam menjadikan mereka tempat yang ideal untuk bekerja.

 

kim

 

"Anugerah ini memberi penekanan kepada kami untuk memimpin dan membina suasana kerja yang mampu menggalakkan perkembangan nilai-nilai peribadi dan profesional.

 

kim

 

"Kejayaan ini telah menyaksikan bagaimana kepimpinan syarikat ini bekerjasama antara satu sama lain dalam mewujudkan persekitaran kerja terbaik," katanya. - DagangNews.com