Kronologi Asia catat untung selepas cukai sebanyak RM7.25 juta pada 3QFY23 | DagangNews Skip to main content

Kronologi Asia catat untung selepas cukai sebanyak RM7.25 juta pada 3QFY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Dis - Kronologi Asia Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM7.25 juta bagi 3QFY23 melebihi dua kali ganda berbanding RM3.10 juta yang dicatatkan pada 2QFY23.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu turut mencatatkan peningkatan sebanyak 38.9% hasil kepada RM87.65 juta bagi suku tahun tersebut. 

 

Bagi tempoh berkenaan, kumpulan itu merekodkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM33.79 juta dan PAT yang lebih rendah kerana sebahagian besarnya disebabkan kerugian pertukaran asing tidak direalisasi yang lebih tinggi.

 

Sebahagian besar hasil kumpulan diiktiraf dari Singapura, berjumlah RM72.94 juta (35.0% daripada jumlah hasil), diikuti oleh China dan Filipina yang digabungkan mencatatkan RM108.24 juta (52.0% daripada jumlah hasil).

 

Mengikut kategori produk, segmen Teknologi Infrastruktur Pengurusan Data Perusahaan (EDM) terus mendominasi sumbangan hasil kumpulan, berjumlah RM163.79 juta atau 78.7% daripada jumlah hasil.

 

Walaupun ketidaktentuan makroekonomi dan geopolitik yang berterusan terus memberi kesan kepada sentimen perniagaan untuk sembilan bulan pertama 2022, penyampaian projek pelanggan yang berkesan disokong oleh peningkatan umum dalam keseluruhan iklim perniagaan membolehkan kumpulan menguruskan pemulihan yang baik pada 3QFY23.

 

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Edmond Tay berkata, permintaan untuk penyelesaian dan perkhidmatan hibrid (on-prem dan cloud) Pengurusan Data dalam tiga suku pertama tahun kewangan terus pulih seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan dalam hasil dan keuntungan kasar yang dicapai oleh kumpulan berbanding dalam tempoh yang sama.

 

Kami menjangkakan pelonggaran secara beransur-ansur strategi sifar COVID-19 China akan memberi kesan positif terhadap aktiviti ekonomi dan sentimen perniagaan dalam pasaran utama kami di seluruh rantau ini.

 

"Nilai pertukaran mata wag yang tidak stabil memberi kesan jangka pendek dan kami terus membuat kemajuan dalam transformasi perniagaan jangka panjang kami, dengan pelaksanaan disiplin inisiatif kami yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan serta peningkatan kecekapan operasi dan pengembangan margin," katanya. - DagangNews.com